Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Lukas - Lukas 17

Lukas 17:11-25

Help us?
Click on verse(s) to share them!
11Dalam perjalanan Isa ke Baitulmaqdis, Dia melalui sempadan Samaria dan Galilea.
12Apabila Dia memasuki sebuah kampung, sepuluh orang berpenyakit kusta datang bertemu dengan-Nya. Mereka berdiri jauh sedikit daripada Isa
13dan berseru kepada-Nya, ‘Ya Isa, ya Junjungan, kasihanilah kami!’
14Apabila Isa melihat mereka, Dia berkata kepada mereka, ‘Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam-imam.’ Dalam perjalanan, mereka pun sembuh.
15Salah seorang daripada mereka ketika melihat dirinya sembuh, kembali dan memuji Allah dengan suara yang kuat.
16Dia sujud pada kaki Isa dan mengucapkan terima kasih. Dia seorang Samaria.
17Isa bertanya, ‘Sepuluh orang disembuhkan. Di manakah sembilan orang lagi?
18Tiadakah seorang pun didapati kembali untuk bersyukur kepada Allah kecuali orang bangsa asing ini?’
19Isa pun berkata kepadanya, ‘Bangunlah dan pergi. Imanmu telah menyembuhkan kamu.’
20Terdapat beberapa orang Farisi bertanya kepada Isa bila kerajaan Allah akan datang dan Isa menjawab, ‘Kerajaan Allah tidak datang dengan alamat-alamat yang dapat dilihat.
21Tiada orang akan berkata, “Lihatlah di sini!” atau “Lihatlah di sana!” kerana kerajaan Allah sebenarnya ada di dalam kamu.’
22Kemudian Isa berkata kepada pengikut-pengikut-Nya: ‘Masanya akan datang apabila kamu ingin melihat salah satu hari Putera Insan, tetapi kamu tidak dapat melihatnya.
23Orang akan berkata kepadamu, “Lihat di situ!” atau “Lihat di sini!” Tetapi janganlah kamu pergi atau mengikutnya.
24Seperti kilat memancar dari sebelah kaki langit ke sebelah yang lain, demikianlah juga halnya Putera Insan pada hari-Nya kelak.
25Tetapi terlebih dahulu Dia akan mengalami banyak penderitaan dan Dia tidak akan diterima oleh orang zaman ini.

Read Lukas 17Lukas 17
Compare Lukas 17:11-25Lukas 17:11-25