Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Lukas 17:11-25 in Malay (individual language)

Help us?

Lukas 17:11-25 in Kitab Suci Zabur dan Injil

11 Dalam perjalanan Isa ke Baitulmaqdis, Dia melalui sempadan Samaria dan Galilea.
12 Apabila Dia memasuki sebuah kampung, sepuluh orang berpenyakit kusta datang bertemu dengan-Nya. Mereka berdiri jauh sedikit daripada Isa
13 dan berseru kepada-Nya, ‘Ya Isa, ya Junjungan, kasihanilah kami!’
14 Apabila Isa melihat mereka, Dia berkata kepada mereka, ‘Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam-imam.’ Dalam perjalanan, mereka pun sembuh.
15 Salah seorang daripada mereka ketika melihat dirinya sembuh, kembali dan memuji Allah dengan suara yang kuat.
16 Dia sujud pada kaki Isa dan mengucapkan terima kasih. Dia seorang Samaria.
17 Isa bertanya, ‘Sepuluh orang disembuhkan. Di manakah sembilan orang lagi?
18 Tiadakah seorang pun didapati kembali untuk bersyukur kepada Allah kecuali orang bangsa asing ini?’
19 Isa pun berkata kepadanya, ‘Bangunlah dan pergi. Imanmu telah menyembuhkan kamu.’
20 Terdapat beberapa orang Farisi bertanya kepada Isa bila kerajaan Allah akan datang dan Isa menjawab, ‘Kerajaan Allah tidak datang dengan alamat-alamat yang dapat dilihat.
21 Tiada orang akan berkata, “Lihatlah di sini!” atau “Lihatlah di sana!” kerana kerajaan Allah sebenarnya ada di dalam kamu.’
22 Kemudian Isa berkata kepada pengikut-pengikut-Nya: ‘Masanya akan datang apabila kamu ingin melihat salah satu hari Putera Insan, tetapi kamu tidak dapat melihatnya.
23 Orang akan berkata kepadamu, “Lihat di situ!” atau “Lihat di sini!” Tetapi janganlah kamu pergi atau mengikutnya.
24 Seperti kilat memancar dari sebelah kaki langit ke sebelah yang lain, demikianlah juga halnya Putera Insan pada hari-Nya kelak.
25 Tetapi terlebih dahulu Dia akan mengalami banyak penderitaan dan Dia tidak akan diterima oleh orang zaman ini.
Lukas 17 in Kitab Suci Zabur dan Injil