Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Lukas - Lukas 17

Lukas 17:1-17

Help us?
Click on verse(s) to share them!
1Isa berkata kepada pengikut-pengikut-Nya: ‘Hal yang membuat orang melakukan dosa memang ada, tetapi malangnya bagi orang yang menyebabkan hal-hal itu berlaku.
2Lebih baik bagi dia jikalau sebuah batu kisar diikat pada lehernya dan dia dibuang ke dalam laut, daripada dia menyebabkan salah seorang yang lemah melakukan dosa.
3Berwaspadalah! ‘Jikalau saudaramu telah berbuat salah terhadapmu, tegurlah dia dan jikalau dia bertaubat, ampunilah dia.
4Jikalau dia bersalah sebanyak tujuh kali terhadapmu dalam sehari dan setiap kali dia datang kepadamu serta berkata, “Aku bertaubat,” kamu hendaklah mengampuninya.’
5Rasul-rasul itu berkata kepada Junjungan, ‘Kuatkanlah iman kami.’
6Junjungan menjawab, ‘Jikalau kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu akan dapat berkata kepada pokok ara ini, “Tercabutlah akar-akarmu dan tertanamlah kamu di laut,” dan pokok ara akan menurut perintahmu.
7‘Jikalau salah seorang kamu mempunyai hamba yang membajak atau menggembalakan domba, siapakah antara kamu akan berkata kepadanya sewaktu dia pulang dari ladang, “Mari, lekas duduk makan?”
8Bukankah kamu akan berkata kepadanya, “Hidangkan makanan dan bersedia untuk melayaniku semasa aku makan. Selepas itu, barulah kamu makan”?
9Adakah kamu mengucapkan terima kasih kepada hamba itu kerana dia menurut perintah?
10Begitu juga dengan kamu. Apabila kamu telah berbuat segala yang diperintahkan kepadamu, kamu hendaklah berkata, “Kami ini hamba yang tidak layak menerima apa-apa; kami cuma menjalankan kewajipan kami.” ’
11Dalam perjalanan Isa ke Baitulmaqdis, Dia melalui sempadan Samaria dan Galilea.
12Apabila Dia memasuki sebuah kampung, sepuluh orang berpenyakit kusta datang bertemu dengan-Nya. Mereka berdiri jauh sedikit daripada Isa
13dan berseru kepada-Nya, ‘Ya Isa, ya Junjungan, kasihanilah kami!’
14Apabila Isa melihat mereka, Dia berkata kepada mereka, ‘Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam-imam.’ Dalam perjalanan, mereka pun sembuh.
15Salah seorang daripada mereka ketika melihat dirinya sembuh, kembali dan memuji Allah dengan suara yang kuat.
16Dia sujud pada kaki Isa dan mengucapkan terima kasih. Dia seorang Samaria.
17Isa bertanya, ‘Sepuluh orang disembuhkan. Di manakah sembilan orang lagi?

Read Lukas 17Lukas 17
Compare Lukas 17:1-17Lukas 17:1-17