Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Lukas - Lukas 6

Lukas 6:2-32

Help us?
Click on verse(s) to share them!
2Beberapa orang Farisi berkata kepada mereka, ‘Mengapakah kamu membuat sesuatu yang dilarang pada hari Sabat?’
3Isa menjawab, ‘Belumkah kamu membaca tentang apa yang dilakukan oleh Daud tatkala dia dan pasukannya berasa lapar?
4Dia masuk ke dalam rumah ibadat Tuhan lalu mengambil dan memakan Roti Persembahan lalu memberikannya kepada mereka yang ada bersamanya. Roti Persembahan itu dilarang dimakan kecuali oleh imam-imam sahaja.’
5Isa menambah, ‘Putera Insan berkuasa atas hari Sabat.’ Orang yang tangannya lumpuh sebelah
6Pada suatu hari Sabat yang lain, Isa masuk ke dalam saumaah lalu mengajar orang. Terdapat di situ seorang yang lumpuh tangan kanannya.
7Guru-guru Taurat dan orang Farisi mengawasi Isa untuk melihat sama ada Dia akan menyembuhkan orang itu pada hari Sabat kerana mereka hendak mencari alasan untuk menuduh-Nya.
8Isa mengetahui fikiran mereka lalu berkata kepada orang yang lumpuh tangan kanannya, ‘Bangunlah dan berdiri di sini.’ Orang itu pun bangun dan berdiri di situ.
9Isa berkata kepada mereka, ‘Aku bertanya kepadamu apa yang dibenarkan oleh hukum kita untuk dilakukan pada hari Sabat: berbuat baik atau berbuat jahat, menyelamatkan nyawa orang atau membinasakannya?’
10Isa memandang sekeliling mereka lalu berkata kepada orang itu, ‘Hulurkanlah tanganmu.’ Orang itu berbuat demikian dan tangannya pun sembuh.
11Tetapi mereka naik berang lalu berbincang sesama diri tentang apa yang harus dibuat terhadap Isa.
12Pada masa itu Isa naik ke sebuah bukit untuk berdoa. Semalam-malaman Dia berdoa kepada Allah.
13Setelah hari siang, Isa memanggil pengikut-pengikut-Nya dan daripada mereka itu, Dia memilih dua belas orang yang digelar-Nya rasul:
14Simon yang dinamakan-Nya Petrus, dan Andreas adiknya, Yakobus dan Yahya, Filipus dan Bartolomeus,
15Matius dan Tomas, Yakobus anak Alfeus, Simon yang disebut orang Patriot,
16Yudas anak Yakobus, dan Yudas Iskariot yang menjadi pembelot.
17Isa turun bersama mereka lalu berdiri di suatu tempat yang rata dengan ramai pengikut-Nya. Ramai orang dari seluruh jajahan Yudea, dari Baitulmaqdis dan dari wilayah-wilayah Tirus serta Sidon
18telah datang untuk mendengar Isa dan untuk disembuhkan daripada penyakit mereka. Orang yang dirasuk roh-roh durjana turut datang dan mereka juga disembuhkan.
19Semua orang cuba menyentuh Isa kerana kuasa sedang keluar daripada-Nya untuk menyembuhkan mereka semua.
20Isa berpaling kepada pengikut-pengikut-Nya lalu berkata: ‘Diberkatilah kamu yang miskin, kerana kamulah yang empunya kerajaan Allah.
21Diberkatilah kamu yang lapar sekarang, kerana kamu akan dikenyangkan. Diberkatilah kamu yang menangis sekarang, kerana kamu akan bersuka ria.
22Diberkatilah kamu apabila orang membenci kamu, menyingkiri kamu, menghina kamu dan mengutuk kamu kerana Putera Insan.
23‘Bersuka rialah apabila perkara itu berlaku dan melonjak keriangan, kerana besar ganjaranmu di syurga kelak. Demikian juga perbuatan nenek moyang mereka terhadap nabi-nabi.
24‘Tetapi malangnya kamu yang kaya, kerana kamu telah beroleh hidup yang senang-lenang.
25Malangnya kamu yang sekarang kenyang, kerana kamu akan lapar kelak. Malangnya kamu yang sekarang tertawa, kerana kamu akan menangis dan meratap kelak.
26Malangnya kamu apabila kamu dipuji semua orang, kerana demikian juga perbuatan nenek moyang mereka kepada nabi-nabi palsu.
27‘Tetapi kepada kamu yang mendengar, Aku berkata demikian: Kasihilah seterumu, berbuat baik kepada orang yang membenci kamu;
28berkatilah orang yang mengutuk kamu dan doakan orang yang menganiayai kamu.
29Jika orang menampar sebelah pipimu, biarlah dia menampar sebelah lagi; jika ada orang mengambil jubah kamu, biarkan dia ambil bajumu juga.
30Berilah setiap orang yang meminta sesuatu daripadamu dan jika sesiapa mengambil barangmu, jangan tuntut balik barang itu.
31Berbuatlah kepada orang lain seperti yang kamu ingin mereka berbuat kepadamu.
32‘Jikalau kamu mengasihi orang yang mengasihi kamu, apakah kelebihanmu? Malah, orang berdosa pun mengasihi orang yang mengasihi mereka.

Read Lukas 6Lukas 6
Compare Lukas 6:2-32Lukas 6:2-32