Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 11

Yahya 11:5-16

Help us?
Click on verse(s) to share them!
5Isa mengasihi Marta, Maryam dan Lazarus.
6Tetapi apabila Dia mendapat berita Lazarus sakit, Dia sengaja tinggal di tempat itu dua hari lagi.
7Kemudian Dia berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Marilah kita pulang ke Yudea.’
8Para pengikut-Nya menjawab, ‘Tuan Guru, bukankah orang Yahudi di situ baru saja hendak merejam-Mu? Sekarang Engkau hendak pulang ke situ?’
9Isa berkata, ‘Bukankah waktu siang dua belas jam lamanya? Orang yang berjalan pada waktu siang tidak akan tersandung kakinya, kerana masih ada cahaya di dunia ini.
10Tetapi jika dia berjalan pada waktu malam, kakinya akan tersandung kerana sudah tiada cahaya lagi.’
11Kemudian Isa menambah, ‘Sahabat kita Lazarus sedang tidur. Aku akan pergi membangunkannya.’
12Para pengikut Isa berkata, ‘Junjungan, sekiranya Lazarus tidur, dia akan sembuh.’
13Yang dimaksudkan oleh Isa ialah Lazarus sudah meninggal dunia, tetapi para pengikut-Nya mengambil erti tidur yang biasa.
14Oleh itu, Isa berkata kepada mereka dengan jelas, ‘Lazarus sudah meninggal.
15Tetapi, untuk kebaikanmu, Aku bersyukur Aku tidak bersamanya ketika itu. Dengan demikian kamu akan percaya kepada-Ku. Marilah kita pergi kepadanya.’
16Tomas yang disebut Didimus berkata kepada pengikut Isa yang lain. ‘Ya, marilah kita pergi juga supaya kita mati bersama-Nya!’

Read Yahya 11Yahya 11
Compare Yahya 11:5-16Yahya 11:5-16