Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 26

Kisah Para Rasul 26:24-32

Help us?
Click on verse(s) to share them!
24Sedang Paulus menegakkan pembelaannya demikian, Festus berkata dengan suara nyaring, ‘Kamu gila, Paulus; ilmu yang terlalu banyak menjadikan kamu gila.’
25Paulus menjawab, ‘Aku bukannya gila, Festus yang mulia. Aku mengatakan perkara yang benar dan bijaksana.
26Tuanku Raja Agripa, aku berani berkata-kata di hadapanmu dengan bebas kerana aku tahu di dalam hati bahawa kamu faham akan perkara-perkara ini, memandangkan segalanya tidaklah berlaku di tempat yang tersembunyi.
27Tuanku Raja Agripa, percayakah kamu akan kata nabi-nabi itu? Aku tahu bahawa kamu percaya.’
28Agripa berkata kepada Paulus, ‘Dengan sepatah dua katamu, kausangka dapat menjadikanku orang Masihi?’
29Paulus menjawab, ‘Sepatah dua atau banyak, aku berdoa kepada Allah, mudah-mudahan kamu dan sekalian yang mendengar kata-kataku hari ini akan menjadi sama sepertiku, cuma tidak diikat dengan rantai.’
30Raja Agripa, Festus pemerintah Kaisarea, Bernike dan semua yang bersama mereka,
31berangkat keluar dari mahkamah sambil berbincang. Seorang daripada mereka berkata, ‘Orang itu tidak melakukan apa-apa yang menyebabkan dia patut dibunuh atau dipenjara.’
32Agripa berkata kepada Festus, ‘Orang ini boleh dibebaskan, kalau tidak kerana dia hendak mengadukan halnya kepada Kaisar.’

Read Kisah Para Rasul 26Kisah Para Rasul 26
Compare Kisah Para Rasul 26:24-32Kisah Para Rasul 26:24-32