Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Lukas - Lukas 5

Lukas 5:29-39

Help us?
Click on verse(s) to share them!
29Lewi menyediakan satu jamuan besar untuk Isa di rumahnya. Ada ramai pemungut cukai dan orang lain yang turut duduk bersama mereka.
30Orang Farisi dan guru-guru Taurat yang semazhab bersungut-sungut kepada pengikut-pengikut Isa, ‘Mengapakah kamu makan dan minum bersama pemungut-pemungut cukai dan orang berdosa?’
31Isa menjawab, ‘Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat.
32Aku datang bukannya untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa, supaya mereka bertaubat.’
33Mereka berkata kepada Isa, ‘Pengikut-pengikut Yahya kerapkali berpuasa dan berdoa. Demikian juga pengikut-pengikut orang Farisi. Tetapi pengikut-pengikut-Mu ini makan dan minum sahaja.’
34Isa menjawab, ‘Dapatkah tetamu-tetamu pengantin lelaki diminta berpuasa selagi pengantin lelaki itu ada bersama-sama?
35Tetapi selepas pengantin lelaki itu diambil daripada mereka, barulah mereka akan berpuasa.’
36Isa memberitahu juga suatu ibarat kepada mereka: ‘Tiada sesiapapun yang mengoyak secarik kain daripada pakaian yang baru untuk menampalkannya ke atas pakaian lama. Jika demikian, pakaian yang baru itu koyak dan secarik kain yang baru itu tidak sepadan dengan yang lama.
37Tiada sesiapa juga yang akan menuang air anggur yang baru ke dalam kirbat kulit yang lama. Jikalau demikian, air anggur yang baru itu akan mengoyakkan kirbat kulit itu, lalu air anggur di dalamnya akan tumpah dan kirbat kulit itu pun rosak.
38Tetapi air anggur yang baru harus dituang ke dalam kirbat kulit yang baru.
39Dan tiada sesiapapun gemar minum air anggur yang baru selepas dia minum air anggur yang lama kerana katanya, “Yang lama itu lebih baik.” ’

Read Lukas 5Lukas 5
Compare Lukas 5:29-39Lukas 5:29-39