Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Rom - Rom 3

Rom 3:9-19

Help us?
Click on verse(s) to share them!
9Jadi bagaimana? Adakah kita lebih baik daripada mereka? Tidak sekali-kali. Kerana dahulu kita telah mengatakan bahawa baik orang Yahudi mahupun bukan Yahudi semuanya berada di bawah kuasa dosa.
10Sebagaimana tersurat: ‘Tiada yang benar, seorang pun tidak.
11Tiada yang mengerti, tiada yang mencari Allah.
12Semua telah menyeleweng semuanya tidak berguna; Tiada yang berbuat baik, seorang pun tidak.
13Kerongkong mereka seperti kubur terbuka; tipu daya mengalir dari lidah mereka; dan fitnah seperti bisa ular tersembur dari bibir mereka.
14Mulut mereka penuh sumpah seranah dan kepahitan.
15Kaki mereka cepat menumpahkan darah.
16Kemusnahan dan kesengsaraan mereka timbulkan merata-rata,
17sedangkan jalan damai tidak mereka kenal.
18Rasa takut terhadap Allah tiada di jiwa mereka.’
19Kita tahu bahawa segala yang tersurat di dalam Taurat adalah bagi mereka yang hidup di bawah Taurat. Oleh itu tiada siapapun dapat berdalih dan seluruh umat manusia akan dihakimi oleh Allah.

Read Rom 3Rom 3
Compare Rom 3:9-19Rom 3:9-19