Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 1

Yahya 1:28-46

Help us?
Click on verse(s) to share them!
28Semua ini terjadi di Baitani, di seberang Sungai Yordan; di situlah Yahya mengimadkan orang.
29Pada keesokan harinya, Yahya melihat Isa berjalan ke arahnya lalu berseru, ‘Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia!
30Dialah yang kukatakan akan datang selepasku tetapi lebih besar daripadaku kerana Dia telah ada sebelumku.
31Dahulu aku tidak mengenal Dia. Tetapi untuk itulah aku datang dan mengimadkan orang dengan air, supaya Dia dinyatakan kepada Israel.’
32Yahya memberi kesaksian: ‘Aku melihat Roh seperti burung merpati turun dari langit lalu hinggap di atas-Nya.
33Dahulu aku sendiri pun tidak mengenal-Nya, tetapi Dia yang mengutusku untuk mengimadkan orang dengan air telah berfirman kepadaku, “Engkau akan melihat Roh turun lalu hinggap di atas seorang. Dialah yang akan mengimadkan orang dengan Roh Suci.”
34Hal itu telah kulihat sendiri, maka aku berkata kepadamu, Dialah Putera Allah.’
35Pada hari yang berikut, Yahya berada di situ lagi bersama dua orang pengikutnya.
36Dia melihat lagi Isa lalu di tempat itu dan dia berseru, ‘Lihatlah Anak Domba Allah!’
37Apabila dua orang pengikut Yahya itu mendengar kata-kata demikian, mereka pun mengikut Isa.
38Isa menoleh dan melihat mereka mengikut-Nya lalu bertanya, ‘Apa hajatmu?’ Mereka menjawab, ‘Rabbi (ertinya Guru), di manakah Engkau tinggal?’
39‘Marilah lihat,’ kata Isa. Mereka terus mengikut-Nya dan melihat tempat tinggal-Nya. Waktu itu kira-kira pukul empat. Mereka pun tinggal bersama Isa pada hari itu.
40Seorang daripada mereka ialah Andreas, saudara Simon Petrus.
41Andreas segera mencari Simon dan berkata, ‘Kami telah bertemu dengan al-Masih!’
42Selepas itu, Andreas membawa Simon berjumpa dengan Isa. Isa memandang Simon lalu berkata, ‘Kamu Simon anak Yahya, tetapi kamu akan digelar Kefas.’ (Kefas sama ertinya dengan Petrus, yakni batu pejal.)
43Pada keesokan harinya, Isa membuat keputusan hendak pergi ke Galilea. Dia berjumpa dengan Filipus dan berkata, ‘Ikutlah Aku.’
44Seperti Andreas dan Petrus, Filipus juga warga kota Baitsaida.
45Filipus pula mendapatkan Natanael dan berkata, ‘Kami telah bertemu dengan orang yang disebut oleh Musa dalam kitab Taurat dan oleh nabi-nabi. Orang itu ialah Isa anak Yusuf dari Nasaret.’
46Tetapi Natanael berkata, ‘Mungkinkah sesuatu yang baik datang dari Nasaret?’ ‘Marilah lihat,’ balas Filipus.

Read Yahya 1Yahya 1
Compare Yahya 1:28-46Yahya 1:28-46