Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Yahya 1:28-46 in Malay (individual language)

Help us?

Yahya 1:28-46 in Kitab Suci Zabur dan Injil

28 Semua ini terjadi di Baitani, di seberang Sungai Yordan; di situlah Yahya mengimadkan orang.
29 Pada keesokan harinya, Yahya melihat Isa berjalan ke arahnya lalu berseru, ‘Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia!
30 Dialah yang kukatakan akan datang selepasku tetapi lebih besar daripadaku kerana Dia telah ada sebelumku.
31 Dahulu aku tidak mengenal Dia. Tetapi untuk itulah aku datang dan mengimadkan orang dengan air, supaya Dia dinyatakan kepada Israel.’
32 Yahya memberi kesaksian: ‘Aku melihat Roh seperti burung merpati turun dari langit lalu hinggap di atas-Nya.
33 Dahulu aku sendiri pun tidak mengenal-Nya, tetapi Dia yang mengutusku untuk mengimadkan orang dengan air telah berfirman kepadaku, “Engkau akan melihat Roh turun lalu hinggap di atas seorang. Dialah yang akan mengimadkan orang dengan Roh Suci.”
34 Hal itu telah kulihat sendiri, maka aku berkata kepadamu, Dialah Putera Allah.’
35 Pada hari yang berikut, Yahya berada di situ lagi bersama dua orang pengikutnya.
36 Dia melihat lagi Isa lalu di tempat itu dan dia berseru, ‘Lihatlah Anak Domba Allah!’
37 Apabila dua orang pengikut Yahya itu mendengar kata-kata demikian, mereka pun mengikut Isa.
38 Isa menoleh dan melihat mereka mengikut-Nya lalu bertanya, ‘Apa hajatmu?’ Mereka menjawab, ‘Rabbi (ertinya Guru), di manakah Engkau tinggal?’
39 ‘Marilah lihat,’ kata Isa. Mereka terus mengikut-Nya dan melihat tempat tinggal-Nya. Waktu itu kira-kira pukul empat. Mereka pun tinggal bersama Isa pada hari itu.
40 Seorang daripada mereka ialah Andreas, saudara Simon Petrus.
41 Andreas segera mencari Simon dan berkata, ‘Kami telah bertemu dengan al-Masih!’
42 Selepas itu, Andreas membawa Simon berjumpa dengan Isa. Isa memandang Simon lalu berkata, ‘Kamu Simon anak Yahya, tetapi kamu akan digelar Kefas.’ (Kefas sama ertinya dengan Petrus, yakni batu pejal.)
43 Pada keesokan harinya, Isa membuat keputusan hendak pergi ke Galilea. Dia berjumpa dengan Filipus dan berkata, ‘Ikutlah Aku.’
44 Seperti Andreas dan Petrus, Filipus juga warga kota Baitsaida.
45 Filipus pula mendapatkan Natanael dan berkata, ‘Kami telah bertemu dengan orang yang disebut oleh Musa dalam kitab Taurat dan oleh nabi-nabi. Orang itu ialah Isa anak Yusuf dari Nasaret.’
46 Tetapi Natanael berkata, ‘Mungkinkah sesuatu yang baik datang dari Nasaret?’ ‘Marilah lihat,’ balas Filipus.
Yahya 1 in Kitab Suci Zabur dan Injil