Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Markus - Markus 6

Markus 6:30-55

Help us?
Click on verse(s) to share them!
30Kemudian rasul-rasul kembali berkumpul dengan Isa dan melaporkan segala yang telah mereka lakukan serta ajarkan.
31Orang yang datang dan pergi di situ begitu ramainya sehingga Isa dan para pengikut-Nya tidak sempat makan. Oleh itu, Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Marilah ke tempat yang sunyi supaya kita dapat bersendirian, dan berehat sebentar.’
32Mereka pun bertolak dengan perahu ke tempat yang sunyi.
33Tetapi pada waktu mereka bertolak ramai orang melihat dan mengenal mereka. Orang dari semua kota berlari ikut jalan darat supaya sampai di tempat yang dituju itu sebelum Isa dan para pengikut-Nya.
34Apabila Isa turun dari perahu dan melihat orang ramai di situ, hati-Nya penuh belas kasih kerana mereka seperti domba tanpa gembala. Dia pun mula mengajarkan banyak perkara kepada mereka.
35Ketika hari sudah petang, para pengikut Isa datang kepada-Nya dan berkata, ‘Hari sudah hampir malam dan tempat ini terpencil.
36Suruhlah semua orang ini pergi supaya mereka ke pekan atau ke kampung yang berdekatan untuk membeli makanan.’
37Tetapi Isa menjawab, ‘Kamu berilah mereka makan.’ Para pengikut-Nya bertanya, ‘Haruskah kami pergi membeli roti berharga dua ratus dinar untuk memberi mereka makan?’
38Isa bertanya, ‘Pergilah lihat berapa banyak roti yang ada pada kamu.’ Setelah mereka memeriksanya, mereka berkata, ‘Lima buku roti dan dua ekor ikan.’
39Isa mengarahkan mereka supaya menyuruh semua orang di situ duduk berkelompok-kelompok di atas rumput.
40Mereka pun duduk dalam kelompok; ada yang seratus orang sekelompok dan ada yang lima puluh orang.
41Setelah Isa mengambil lima buku roti dan dua ekor ikan itu, Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur. Lalu Dia memecah-mecahkan roti itu dan menyerahkannya kepada para pengikut-Nya untuk diberikan kepada orang ramai itu. Dia membahagikan juga dua ekor ikan itu kepada mereka semua.
42Setiap orang makan sehingga kenyang.
43Selepas itu para pengikut-Nya mengumpulkan lebihan makanan roti dan ikan sebanyak dua belas bakul.
44Jumlah orang lelaki yang makan itu kira-kira lima ribu orang.
45Isa segera mengarahkan para pengikut-Nya pergi dahulu dengan perahu ke Betsaida di seberang laut sementara Dia menyuruh orang ramai itu pulang.
46Setelah mereka pergi, Isa naik ke bukit untuk berdoa.
47Apabila hari sudah malam, perahu para pengikut Isa sudah sampai ke tengah laut sedangkan Isa seorang diri di darat.
48Isa melihat para pengikut-Nya bersusah payah mendayung perahu kerana angin bertiup dari arah bertentangan. Kira-kira menjelang subuh, Isa berjalan di atas air menghampiri mereka. Dia hendak mendahului mereka.
49Tetapi ketika mereka terpandang Dia berjalan di atas air, mereka menyangka-Nya hantu lalu mereka berteriak-teriak.
50Mereka ketakutan melihat Isa. Tetapi Dia segera berkata kepada mereka, ‘Tabahkan hatimu! Aku Isa. Jangan takut.’
51Dia naik ke perahu mereka, lalu angin pun teduh. Para pengikut-Nya hairan tercengang.
52Mereka masih belum mengerti apa sebenar yang berlaku dengan roti itu, kerana hati mereka masih keras.
53Mereka menyeberang hingga tiba di Genesaret. Di situ mereka menambat perahu itu.
54Sebaik-baik mereka turun dari perahu, orang mengenal Isa
55lalu berlari ke serata kawasan dan membawakan orang sakit yang terbaring di atas tikar kepada-Nya di mana-mana sahaja Dia berada.

Read Markus 6Markus 6
Compare Markus 6:30-55Markus 6:30-55