Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Lukas - Lukas 8

Lukas 8:3-18

Help us?
Click on verse(s) to share them!
3Yoana, isteri Khuza, pegawai istana Raja Herodes; Susana dan ramai perempuan lain yang menggunakan harta benda mereka untuk membantu Isa serta pengikut-pengikut-Nya.
4Ketika orang ramai sedang berkumpul, dan orang dari beberapa buah bandar terus-menerus datang kepada-Nya, Dia menceritakan suatu ibarat:
5‘Seorang penabur pergi menabur benihnya. Ketika dia menabur, ada yang jatuh di tepi jalan lalu dipijak orang dan dimakan burung.
6Ada yang jatuh di tempat berbatu, dan setelah tumbuh, tanaman itu menjadi layu kerana tanah kekurangan air.
7Ada pula jatuh di tengah-tengah semak duri lalu duri yang tumbuh bersama-sama membantutkan pertumbuhannya.
8Tetapi ada benih yang jatuh di tanah yang baik lalu tumbuh dan mengeluarkan hasil seratus ganda banyaknya.’ Kemudian Isa berseru, ‘Orang yang bertelinga, baiklah dia mendengar.’
9Pengikut-pengikut Isa bertanya kepada-Nya, ‘Apakah erti ibarat ini?’
10Isa berkata, ‘Pengetahuan rahsia kerajaan Allah telah diberikan kepadamu, tetapi orang lain harus diberitahu dengan menggunakan ibarat supaya, ‘ “mereka terus melihat tetapi tidak nampak, mereka terus mendengar tetapi tidak mengerti.”
11‘Inilah maksud ibarat tadi: Benih itu ialah firman Allah.
12Benih yang jatuh di tepi jalan itu menggambarkan mereka yang mendengar firman itu tetapi kemudian Iblis datang dan mengambil firman itu daripada hati mereka supaya mereka tidak percaya dan diselamatkan.
13Benih yang jatuh di tempat berbatu itu menggambarkan mereka yang mendengar dan menyambut firman itu dengan gembira tetapi firman itu tidak berakar dalam hati mereka. Mereka itu hanya percaya untuk sementara waktu dan apabila waktu dicubai mereka akan meninggalkan kepercayaan mereka.
14Benih yang jatuh di tengah-tengah semak duri itu menggambarkan mereka yang telah mendengarnya, tetapi dalam hidup mereka sehari-hari mereka terhimpit oleh kekhuatiran dan kekayaan serta kesenangan hidup lalu mereka tidak mengeluarkan buah dengan sempurna.
15Benih yang jatuh di tanah yang baik menggambarkan mereka yang mendengar firman itu dan menyimpannya dalam hati yang tulus ikhlas lalu dengan ketekunan mereka terus mengeluarkan buah.
16‘Tiada seorang pun memasang pelita lalu menudungnya dengan sebuah pasu atau meletakkannya di bawah katil. Tetapi dia meletakkannya di atas kaki pelita supaya cahayanya kelihatan kepada orang yang masuk ke ruang itu.
17Tiada sesuatu pun yang tersembunyi yang tidak didedahkan kelak; tiada sesuatu rahsia pun yang tidak diketahui kelak.
18Oleh sebab itu, berhati-hatilah bagaimana kamu mendengar. Sesiapa yang ada sesuatu akan diberi lebih banyak lagi; tetapi sesiapa yang tidak ada, sedikit yang disangka ada padanya pun akan diambil daripadanya.’

Read Lukas 8Lukas 8
Compare Lukas 8:3-18Lukas 8:3-18