7Dia datang untuk memberi kesaksian tentang Cahaya itu, supaya semua orang akan percaya melalui Dia.
8Dia sendiri bukanlah Cahaya itu, dia datang untuk memberi kesaksian tentang-Nya.
9Itulah Cahaya yang benar, Cahaya yang menerangi setiap manusia di dunia.
10Dia berada di dunia, dan dunia telah dicipta melalui-Nya, namun manusia di dunia tidak mengenal-Nya.
11Dia datang kepada milik-Nya sendiri, tetapi milik-Nya tidak menerima-Nya.
12Namun demikian, Dia memberi hak menjadi anak Allah kepada mereka yang menerima-Nya dan percaya dalam nama-Nya.
13Kelahiran mereka bukan melalui darah keturunan, atau kehendak tabii manusia, atau kemahuan seorang lelaki, tetapi kerana perbuatan Allah.
14Firman itu menjadi manusia dan hidup di kalangan kita. Kita melihat kemuliaan-Nya sebagai Putera tunggal yang datang daripada Allah Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran.
15Yahya memberi kesaksian tentang-Nya. Dia berseru, ‘Inilah Dia yang kukatakan akan datang selepasku, tetapi Dia lebih besar daripadaku, kerana Dia sudah ada sebelum aku.’
16Daripada limpah kesempurnaan-Nya kita semua telah menerima kasih kurnia dan berkat.
17Ini kerana hukum Taurat disampaikan melalui Musa, tetapi kasih kurnia dan kebenaran dinyatakan melalui Isa al-Masih.