8Apakah yang dikatakan? ‘Firman itu begitu dekat denganmu, di mulutmu dan di hatimu (iaitu firman tentang iman yang kami isytiharkan):
9Jika kamu akui dengan mulutmu bahawa Isa adalah Junjungan Yang Esa dan percaya dalam hatimu bahawa Allah telah membangkitkan-Nya daripada kematian, kamu akan diselamatkan;
10kerana dengan hatimu kamu beriman dan diperbenar, dan dengan mulutmu kamu mengaku lalu diselamatkan.
11Sebagaimana tersurat di dalam kitab suci, ‘Sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan diaibkan.’
12Kerana tidak ada perbezaan antara orang Israel dengan bangsa lain, kerana Tuhan yang sama berkuasa ke atas semuanya dan melimpahkan berkat ke atas semua yang menyeru kepada-Nya.
13Kerana ‘Sesiapa yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan.’
14Jadi, bagaimana mereka dapat menyeru kepada-Nya sedangkan mereka tidak beriman kepada-Nya? Dan bagaimana mereka dapat beriman kepada-Nya sedangkan mereka tidak pernah mendengar tentang-Nya? Dan bagaimana mereka dapat mendengar sedangkan tiada sesiapapun yang mengajar mereka tentang-Nya?
15Dan bagaimana orang dapat mengajar kecuali dihantar? Sebagaimana tersurat di dalam kitab suci, ‘Alangkah indahnya kaki mereka yang membawa berita baik!’
16Sebagaimana kata Yasyaya, ‘Tuhan, siapa yang percaya akan perkhabaran yang kami sampaikan?’