Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Lukas - Lukas 5

Lukas 5:1-13

Help us?
Click on verse(s) to share them!
1Pada suatu hari semasa Isa berdiri di tepi pantai tasik Genesaret, ramai orang berasak-asak mengerumuni-Nya untuk mendengar firman Allah.
2Dia melihat dua buah perahu di situ. Para nelayan yang menangkap ikan telah turun dari perahu itu untuk membasuh jala mereka.
3Isa naik ke dalam salah sebuah perahu, iaitu perahu Simon dan memintanya menolak perahu itu jauh sedikit dari pantai. Isa duduk dan mengajar orang ramai dari perahu itu.
4Setelah Dia habis mengajar, Dia berkata kepada Simon, ‘Tolaklah perahu ke air yang dalam dan tebarkan jalamu untuk menangkap ikan.’
5Simon menjawab, ‘Tuan, semalaman kami cuba sedaya upaya tetapi tidak dapat menangkap apa-apapun. Tetapi, kerana Engkau menyuruh, aku akan menebarkan jala.’
6Setelah menebarkan jala, mereka menangkap begitu banyak ikan sehingga jala hampir terkoyak.
7Mereka memanggil rakan-rakan dari perahu lain supaya datang menolong. Mereka datang lalu memenuhi kedua-dua buah perahu itu dengan ikan sehingga perahu-perahu itu hampir tenggelam.
8Apabila Simon Petrus melihat apa yang telah berlaku, dia berlutut di hadapan Isa dan berkata, ‘Tinggalkan hamba, Ya Junjungan kerana hamba seorang yang berdosa!’
9Simon dan semua orang yang bersamanya takjub melihat begitu banyak ikan yang dapat ditangkap mereka.
10Begitu juga Yakobus dan Yahya, anak-anak Zebedeus, rakan-rakan Simon. Isa berkata kepada Simon, ‘Jangan takut! Mulai sekarang, engkau akan menjala manusia!’
11Setelah mereka menyadaikan perahu-perahu itu, mereka meninggalkan semuanya lalu mengikut Isa.
12Pada suatu hari Isa berada di sebuah bandar. Terdapat seorang yang berpenyakit kusta. Apabila dia melihat Isa, dia meniarap lalu memohon kepada-Nya, ‘Tuan, jikalau Tuan mahu, Tuan berkuasa untuk mentahirkan aku.’
13Lalu Isa pun menghulurkan tangan dan menyentuhnya sambil berkata, ‘Aku mahu. Tahirlah engkau!’ Seketika itu juga, penyakit kustanya hilang.

Read Lukas 5Lukas 5
Compare Lukas 5:1-13Lukas 5:1-13