Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 11

Yahya 11:1-23

Help us?
Click on verse(s) to share them!
1Pada suatu ketika, seorang lelaki bernama Lazarus jatuh sakit. Dia tinggal di Baitani bersama dua orang saudara perempuannya bernama Maryam dan Marta.
2Maryamlah, yang saudaranya Lazarus sedang sakit, merupakan seorang perempuan yang dahulu pernah menuangkan minyak wangi ke kaki Junjungan dan menyapunya dengan rambutnya.
3Kedua-dua beradik perempuan itu mengirim khabar kepada Isa, ‘Junjungan, dia yang Kaukasihi itu sakit.’
4Apabila menerima berita itu, Isa berkata, ‘Sakit Lazarus tidak akan membawa maut. Hal ini berlaku untuk memuliakan Allah. Disebabkan kejadian ini Putera Allah akan dimuliakan.’
5Isa mengasihi Marta, Maryam dan Lazarus.
6Tetapi apabila Dia mendapat berita Lazarus sakit, Dia sengaja tinggal di tempat itu dua hari lagi.
7Kemudian Dia berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Marilah kita pulang ke Yudea.’
8Para pengikut-Nya menjawab, ‘Tuan Guru, bukankah orang Yahudi di situ baru saja hendak merejam-Mu? Sekarang Engkau hendak pulang ke situ?’
9Isa berkata, ‘Bukankah waktu siang dua belas jam lamanya? Orang yang berjalan pada waktu siang tidak akan tersandung kakinya, kerana masih ada cahaya di dunia ini.
10Tetapi jika dia berjalan pada waktu malam, kakinya akan tersandung kerana sudah tiada cahaya lagi.’
11Kemudian Isa menambah, ‘Sahabat kita Lazarus sedang tidur. Aku akan pergi membangunkannya.’
12Para pengikut Isa berkata, ‘Junjungan, sekiranya Lazarus tidur, dia akan sembuh.’
13Yang dimaksudkan oleh Isa ialah Lazarus sudah meninggal dunia, tetapi para pengikut-Nya mengambil erti tidur yang biasa.
14Oleh itu, Isa berkata kepada mereka dengan jelas, ‘Lazarus sudah meninggal.
15Tetapi, untuk kebaikanmu, Aku bersyukur Aku tidak bersamanya ketika itu. Dengan demikian kamu akan percaya kepada-Ku. Marilah kita pergi kepadanya.’
16Tomas yang disebut Didimus berkata kepada pengikut Isa yang lain. ‘Ya, marilah kita pergi juga supaya kita mati bersama-Nya!’
17Ketika Isa sampai, Dia mendapati Lazarus sudah empat hari di dalam makam.
18Baitani terletak kira-kira dua batu daripada Baitulmaqdis.
19Oleh itu ramai orang Yahudi datang melawat Maryam dan Marta untuk melipurkan hati mereka yang duka kerana kematian Lazarus.
20Apabila Marta mendengar Isa datang, dia terus pergi untuk menyambut-Nya, manakala Maryam tinggal di rumah.
21Marta berkata kepada Isa, ‘Ya Junjungan, kalaulah Junjungan ada di sini pada waktu itu, tentu saudaraku masih hidup!
22Aku tahu, sekarang pun apa saja permintaan Junjungan akan dikabulkan Allah.’
23Isa berkata kepada Marta, ‘Saudaramu akan hidup kembali.’

Read Yahya 11Yahya 11
Compare Yahya 11:1-23Yahya 11:1-23