Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Rom - Rom 8

Rom 8:5-24

Help us?
Click on verse(s) to share them!
5Bagi orang yang hidup menurut sifat tabii yang berdosa, jiwanya tertumpu kepada apa yang diingini oleh sifat tabii itu; tetapi bagi orang yang hidup menurut Roh, jiwanya tertumpu kepada apa yang diingini oleh Roh.
6Fikiran yang dikuasai oleh sifat tabii yang berdosa, adalah kematian. Tetapi fikiran yang dikuasai oleh Roh, adalah kehidupan dan kesejahteraan.
7Fikiran sifat tabii yang berdosa memusuhi Allah kerana fikiran demikian tidak tunduk kepada hukum Allah dan tidak dapat berbuat demikian
8Orang yang dikawal oleh sifat tabii yang berdosa tidak berupaya mendapat keredaan Allah.
9Tetapi kamu dikawal bukan oleh sifat tabii yang berdosa tetapi oleh Roh, jika Roh Allah hidup dalam dirimu. Dan jika seseorang tidak ada Roh al-Masih, dia bukanlah milik al-Masih.
10Sebaliknya jika al-Masih ada dalam dirimu, tubuhmu mati kerana dosa, namun rohmu hidup kerana kebenaran.
11Dan jika Roh Dia yang telah membangkitkan Isa daripada kematian hidup dalam dirimu, maka Dia yang telah membangkitkan Isa al-Masih daripada kematian akan juga memberikan kehidupan kepada tubuhmu yang fana melalui Roh-Nya, yang hidup dalam dirimu.
12Dengan demikian, saudara-saudaraku, kita ada kewajipan tetapi bukan terhadap sifat tabii yang berdosa dan hidup menurut sifat tabii itu.
13Kerana jika kamu hidup menurut sifat tabii yang berdosa, kamu akan mati; tetapi jika dengan Roh itu kamu mematikan perbuatan-perbuatan salah tubuhmu, kamu akan hidup,
14kerana orang yang dipimpin oleh Roh Allah adalah anak-anak Allah.
15Kerana kamu bukanlah menerima Roh yang menyebabkan kamu diperhamba lagi oleh ketakutan, tetapi telah menerima Roh yang menjadikanmu anak Allah. Dan dengannya kita berseru, ‘Abba, Bapa.’
16Roh itu sendiri memberikan kesaksian dengan roh kita bahawa kita anak Allah.
17Jika kita anak, maka kita waris-waris Allah, waris bersama dengan al-Masih, jika kita benar-benar berkongsi penderitaan-Nya supaya dapat berkongsi kemuliaan-Nya kelak.
18Aku menganggap bahawa penderitaan kita sekarang terlalu kecil untuk dibandingkan dengan kemuliaan yang akan dinyatakan kepada kita.
19Seluruh ciptaan menanti-nantikan saatnya Allah menyerlahkan anak-anak-Nya.
20Kerana seluruh ciptaan telah ditundukkan dalam kebuntuan, bukan dengan pilihannya sendiri, tetapi dengan kehendak Dia yang telah menundukkannya, dengan harapan
21bahawa ciptaan itu sendiri akan dibebaskan daripada belenggu kemusnahan dan dibawa ke dalam kebebasan penuh kemuliaan anak-anak Allah.
22Kita tahu bahawa sampai ke saat ini seluruh ciptaan mengerang bagaikan sakit melahirkan anak.
23Lebih daripada itu, kita sendiri yang mendapat buah pertama Roh Allah, turut mengerang dalam batin sambil menanti-nantikan pengangkatan sebagai anak Allah, iaitu penebusan tubuh kita.
24Melalui harapan ini, kita telah diselamatkan. Tetapi harapan yang dilihat bukanlah harapan. Siapa yang mengharapkan apa yang sudah ada padanya?

Read Rom 8Rom 8
Compare Rom 8:5-24Rom 8:5-24