Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Rom - Rom 14

Rom 14:9-19

Help us?
Click on verse(s) to share them!
9Al-Masih mati dan bangkit lalu hidup semula untuk menjadi Tuhan kepada yang mati dan yang hidup.
10Mengapakah kamu menghakimi saudaramu? Dan mengapa kamu menghina saudaramu? Kita semua akan berdiri di hadapan takhta penghakiman al-Masih.
11Kerana telah tersurat: ‘ “Demi hidup-Ku,” Tuhan berfirman, “Setiap orang akan bertekuk lutut di hadapan-Ku; dan setiap lidah akan mengaku kepada Allah.” ’
12Nyatalah bahawa setiap seorang daripada kita akan dipertanggungjawabkan memberi pernyataan tentang dirinya kepada Allah.
13Oleh itu janganlah lagi kita menghakimi sesama sendiri. Sebaliknya bertekadlah tidak akan membuat saudaramu tersandung atau terjatuh.
14Dalam Junjungan Isa, aku tahu dan percaya bahawa tiada sesuatu pun yang najis. Namun, sesuatu menjadi najis bagi seseorang yang menganggapnya najis.
15Sekiranya saudaramu bersedih kerana sesuatu yang kamu makan, maka kamu tidaklah lagi hidup berasaskan kasih. Jangan mudaratkan sesiapa disebabkan makananmu, kerana al-Masih telah berkorban nyawa untuk dia juga.
16Jangan sampai sesuatu yang kamu anggap baik disebut sebagai kejahatan.
17Kerajaan Allah bukanlah soal makan minum, tetapi menjalankan segala yang benar dan membawa kesejahteraan serta kegembiraan dalam Roh Suci.
18Orang yang mengabdikan diri kepada al-Masih dengan cara ini akan diredai Allah dan disukai manusia.
19Oleh itu marilah kita mengejar hal-hal yang membawa kesejahteraan dan yang membina kebaikan sesama sendiri.

Read Rom 14Rom 14
Compare Rom 14:9-19Rom 14:9-19