Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Rom - Rom 12

Rom 12:6-21

Help us?
Click on verse(s) to share them!
6Kita mempunyai kurnia yang berlainan menurut kasih kurnia yang diberikan kepada kita. Sekiranya kita dianugerahi kurnia untuk bernubuat, maka bernubuatlah menurut kadar iman kita;
7kalau untuk melayani, gunakanlah dalam pelayanan kita; jika untuk mengajar, gunakanlah dalam pengajaran.
8Orang yang dianugerahi kurnia untuk menasihati, hendaklah dia menggunakannya dalam memberikan nasihat; kalau untuk memberi, lakukanlah dengan murah hati; kiranya untuk memimpin, berilah pimpinan dengan bersungguh-sungguh; dan jika untuk menunjukkan belas kasihan, lakukanlah dengan sukacita.
9Kasih hendaklah bersih daripada pura-pura. Bencilah kejahatan. Berpeganglah kepada kebaikan.
10Hendaklah kamu bersikap baik dan mengasihi sesama sendiri dengan kasih persaudaraan, serta saling menghormati dan mengutamakan;
11jangan biarkan kerajinanmu berkurangan; hendaklah semangatmu tetap berkobar-kobar; sentiasa abdikan diri kepada Tuhan.
12Bergembiralah dalam harapan, tabah menghadapi kesusahan, dan terus-menerus berdoa.
13Berilah bantuan untuk memenuhi keperluan orang salih, dan berikan tempat menumpang.
14Pohonlah berkat bagi orang yang menganiayai kamu, dan jangan kutuk mereka.
15Bergembiralah dengan orang yang bergembira, dan menangislah dengan orang yang menangis.
16Bersatu hatilah sesama kamu. Jangan tinggi hati, sebaliknya bergaullah dengan golongan yang sederhana. Jangan anggap dirimu bijaksana.
17Jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Perhatikan apa yang baik di mata semua orang.
18Setakat yang mungkin, jika dalam keupayaanmu, hiduplah dalam damai dengan semua manusia.
19Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah berusaha membalas dendam, serahkanlah kepada kemurkaan Allah, kerana telah tersurat: ‘Pembalasan adalah hak-Ku. Akulah yang akan membalas,’ demikian firman Tuhan.
20Oleh itu: ‘Jika musuhmu lapar, berilah dia makan; jika dia dahaga, beri dia minum; Kerana dengan berbuat demikian, kamu menimbunkan bara api ke atas kepalanya.’
21Jangan ditewaskan oleh kejahatan, tetapi tewaskanlah kejahatan dengan kebaikan.

Read Rom 12Rom 12
Compare Rom 12:6-21Rom 12:6-21