Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Lukas - Lukas 15

Lukas 15:7-14

Help us?
Click on verse(s) to share them!
7Aku berkata kepadamu bahawa begitu jugalah kegembiraan di syurga kerana seorang yang berdosa bertaubat lebih daripada kegembiraan ke atas sembilan puluh sembilan orang yang benar yang tidak perlu bertaubat.
8‘Atau seandainya seorang perempuan yang mempunyai sepuluh keping wang perak kehilangan sekeping, apakah yang akan dilakukannya? Dia akan memasang pelita lalu menyapu rumah dan mencari dengan cermat sehingga dia menemukannya kembali.
9Setelah itu, dia memanggil sahabat-sahabat dan jiran tetangganya dan berkata, “Bergembiralah dengan aku kerana aku telah menemukan sekeping wang yang hilang itu.”
10Aku berkata kepadamu bahawa malaikat-malaikat Allah bergembira kerana seorang yang berdosa bertaubat.’
11Isa berkata seterusnya: ‘Ada seorang yang mempunyai dua orang anak lelaki.
12Anak bongsu berkata kepada bapanya, “Ayah, berilah aku sekarang bahagian harta yang akan menjadi pusakaku.” Lalu bapa itu membahagikan hartanya kepada kedua-dua anaknya itu.
13‘Tidak lama kemudian, yang bongsu itu menjual hartanya dan merantau ke negeri yang jauh. Di situ dia memboroskan wangnya dengan hidup berfoya-foya.
14Setelah dia menghabiskan kesemua wangnya, suatu kebuluran yang teruk berlaku di negeri itu dan dia dalam keadaan serba kekurangan.

Read Lukas 15Lukas 15
Compare Lukas 15:7-14Lukas 15:7-14