3Janganlah hiasi dirimu di luar sahaja – mendandan rambut, memakai emas atau pakaian indah.
4Hiasilah batinmu, dengan keindahan yang tidak dapat dimusnahkan, iaitu bersikap lembut dan tenang, yang sangat berharga di sisi Allah.
5Demikianlah hiasan perempuan zaman dahulu yang salih dan berharap pada Allah. Mereka berserah kepada suami,
6seperti Sarah yang taat kepada Ibrahim dan memanggilnya tuan. Kamu adalah anak-anak perempuan Sarah jika kamu berbuat baik dan tidak takut apa-apa.
7Suami, kamu juga hendaklah hidup bersama isterimu dengan sikap mengerti. Berilah penghormatan kepada isteri sebagai kaum yang lebih lemah dan sebagai rakan pewarismu yang sama-sama menerima kasih kurnia hidup. Dengan demikian doamu kepada Allah tidak akan terhalang.
8Sebagai kesimpulan, bersatu hatilah kamu semua, dan amalkan belas ihsan antara satu sama lain. Jalinkanlah kasih persaudaraan antaramu, dengan hati yang lembut dan adab sopan yang baik.
9Jangan balas kejahatan dengan kejahatan atau celaan dengan celaan. Sebaliknya balaslah dengan memohon Allah memberkati mereka. Kamu mengetahui bahawa Allah telah memanggilmu supaya kamu mendapat berkat kelak.
10Kerana, ‘Sesiapa yang ingin menikmati hidup dan mengalami masa yang baik hendaklah menjaga lidahnya daripada kejahatan dan bibirnya daripada kata-kata yang palsu.
11Hendaklah dia tinggalkan kejahatan dan lakukan kebaikan; hendaklah dia cari dan buru kedamaian.
12Kerana mata Tuhan tertuju kepada orang yang benar dan telinga-Nya mendengar doa mereka, tetapi wajah Tuhan menentang mereka yang berbuat jahat.’
13Siapakah yang akan menyakitimu jika kamu berbuat kebaikan dengan penuh semangat?