Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 1

Yahya 1:12-24

Help us?
Click on verse(s) to share them!
12Namun demikian, Dia memberi hak menjadi anak Allah kepada mereka yang menerima-Nya dan percaya dalam nama-Nya.
13Kelahiran mereka bukan melalui darah keturunan, atau kehendak tabii manusia, atau kemahuan seorang lelaki, tetapi kerana perbuatan Allah.
14Firman itu menjadi manusia dan hidup di kalangan kita. Kita melihat kemuliaan-Nya sebagai Putera tunggal yang datang daripada Allah Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran.
15Yahya memberi kesaksian tentang-Nya. Dia berseru, ‘Inilah Dia yang kukatakan akan datang selepasku, tetapi Dia lebih besar daripadaku, kerana Dia sudah ada sebelum aku.’
16Daripada limpah kesempurnaan-Nya kita semua telah menerima kasih kurnia dan berkat.
17Ini kerana hukum Taurat disampaikan melalui Musa, tetapi kasih kurnia dan kebenaran dinyatakan melalui Isa al-Masih.
18Tiada siapa pernah melihat Allah, melainkan Yang Esa dan Ilahi yang ada di pangkuan Bapa, telah menyerlahkan-Nya.
19Inilah kesaksian Yahya, apabila orang Yahudi di Baitulmaqdis mengutus para imam dan orang Lewi untuk bertanya kepadanya, ‘Siapakah kamu?’
20Yahya mengaku, ‘Aku bukanlah al-Masih’.
21Mereka bertanya, ‘Jadi, kamu ini siapa? Ilyas?’ ‘Bukan,’ jawabnya. ‘Adakah kamu nabi?’ Dia menjawab, ‘Bukan.’
22Kemudian mereka berkata, ‘Siapakah kamu? Katakanlah, supaya kami dapat menyampaikan jawapan kepada orang yang mengutus kami. Menurut katamu sendiri, kau ini siapa?’
23Yahya menjawab, ‘Aku ini satu suara yang berseru di gurun, “Luruskanlah jalan untuk Tuhan,” sebagaimana kata Nabi Yasyaya.’
24Di antara orang yang diutus itu ada beberapa orang Farisi.

Read Yahya 1Yahya 1
Compare Yahya 1:12-24Yahya 1:12-24