Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Lukas - Lukas 7

Lukas 7:19-30

Help us?
Click on verse(s) to share them!
19Yahya memanggil dua orang pengikutnya lalu menyuruh mereka pergi kepada Junjungan untuk bertanya, ‘Adakah Tuan yang dikatakan akan datang itu, atau haruskah kami menantikan seorang yang lain?’
20Apabila mereka datang kepada Isa, mereka berkata, ‘Yahya yang mengimadkan itu menyuruh kami datang kepada Tuan untuk bertanya, “Adakah Tuan yang akan datang itu, atau haruskah kami menantikan seorang yang lain?” ’
21Pada masa itu, Isa sedang menyembuhkan ramai orang yang menderitai penyakit dan kerasukan roh iblis serta mencelikkan mata ramai orang buta.
22Lalu Isa menjawab kepada mereka, ‘Pergilah dan maklumkan kepada Yahya apa yang telah kamu lihat dan dengar: orang buta dapat melihat, orang tempang dapat berjalan, orang kusta disembuhkan, orang tuli dapat mendengar, orang mati dihidupkan kembali serta perkhabaran yang baik diberitakan kepada orang miskin.
23Diberkatilah orang yang tidak berpaling daripada Aku.’
24Setelah utusan-utusan Yahya pulang, Isa mula berkata kepada orang ramai itu tentang Yahya, ‘Semasa kamu pergi berjumpa dengan Yahya di gurun, apakah yang hendak kamu lihat? Sebatang buluh yang digoyang oleh angin?
25Kamu pergi untuk melihat apa? Seorang yang mengenakan pakaian bergaya? Sebenarnya, orang yang mengenakan pakaian bergaya dan hidup dalam kemewahan didapati di istana-istana raja.
26Oleh itu, kamu pergi untuk melihat apa? Seorang nabi? Ya, dan Aku berkata kepadamu, kamu melihat lebih daripada seorang nabi.
27Dialah yang dikatakan dalam Kitab Suci: ‘ “Aku akan menghantar utusan-Ku untuk mendahului-Mu, dialah yang akan menyediakan jalan bagi-Mu.”
28Aku berkata kepadamu bahawa Yahya itu lebih besar daripada semua orang yang pernah dilahirkan. Akan tetapi, orang yang terkecil dalam kerajaan Allah lebih besar daripadanya.’
29Orang ramai itu, termasuk pemungut-pemungut cukai, mendengar Isa. Mereka mengakui kebenaran Allah kerana mereka telah menerima pengimadan Yahya.
30Tetapi orang Farisi dan guru-guru Taurat enggan menerima pengimadan Yahya, maka mereka menolak kehendak Allah untuk mereka.

Read Lukas 7Lukas 7
Compare Lukas 7:19-30Lukas 7:19-30