Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Lukas - Lukas 2

Lukas 2:25-36

Help us?
Click on verse(s) to share them!
25Pada masa itu ada seorang di Baitulmaqdis yang bernama Simeon. Seorang yang salih dan bertakwa kepada Allah, Simeon menantikan masa terhiburnya Israel. Dan dia diasertai Roh Suci.
26Roh Suci telah memberitahunya bahawa dia tidak akan meninggal dunia sebelum dia melihat al-Masih yang dijanjikan oleh Tuhan.
27Atas pimpinan Roh dia masuk ke dalam rumah ibadat. Ketika Isa, anak itu, dibawa masuk oleh ibu bapa-Nya untuk menunaikan hukum Taurat itu,
28Simeon mendukung Dia dan bersyukur kepada Allah lalu berkata:
29‘Ya Tuhan, sekarang biarlah hamba-Mu pergi dengan sejahtera, menurut firman-Mu:
30kerana mataku telah melihat penyelamatan-Mu
31yang telah Kausediakan di hadapan segala bangsa,
32satu cahaya yang akan menunjukkan jalan kepada bangsa-bangsa asing dan menjadi kemuliaan bagi umat-Mu Israel.’
33Ibu bapa-Nya kagum mendengar apa yang dikatakan tentang anak itu.
34Simeon memberkati mereka dan berkata kepada Maryam, ibu anak itu, ‘Anak ini telah dipilih oleh Tuhan untuk menjatuhkan dan membangunkan ramai orang Israel kelak; Dia menjadi tanda daripada Allah yang akan dibantahi orang
35supaya fikiran dalam hati mereka didedahkan. Dan jiwamu sendiri akan ditusuk oleh pedang.’
36Ada pula seorang nabiah yang bernama Hana binti Fanuel, daripada suku Asyer. Dia telah lanjut usianya. Dia berkahwin selama tujuh tahun

Read Lukas 2Lukas 2
Compare Lukas 2:25-36Lukas 2:25-36