Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Lukas - Lukas 24

Lukas 24:2-26

Help us?
Click on verse(s) to share them!
2Mereka mendapati batu penutup makam itu telah digulingkan dari makam.
3Apabila mereka masuk ke dalam, jenazah Isa tiada lagi.
4Mereka berdiri di situ dan berasa kebingungan tentang perkara ini. Tiba-tiba ada dua orang yang berpakaian berkilau-kilauan, berdiri di sisi mereka.
5Perempuan-perempuan itu sangat takut lalu sujud. Kedua-dua orang itu berkata kepada mereka, ‘Mengapakah kamu mencari Dia yang hidup di antara orang mati?
6Dia tiada di sini. Dia sudah bangkit! Ingatlah apa yang telah dikatakan oleh-Nya kepadamu ketika Dia di Galilea:
7“Putera Insan harus diserahkan kepada orang berdosa. Dia akan disalib dan bangkit pada hari yang ketiga.” ’
8Mereka pun teringatlah akan kata-kata Isa.
9Sekembali mereka dari makam itu, mereka memberitahu segala perkara ini kepada sebelas orang rasul dan semua pengikut yang lain.
10Mereka, iaitu Maryam orang Magdala, Yohanah, Maryam, ibu Yakobus dan perempuan-perempuan yang lain mengatakan segala perkara itu kepada rasul-rasul itu.
11Tetapi mereka itu menganggap apa yang dikatakan oleh perempuan-perempuan itu sebagai karut lalu tidak mempercayai mereka.
12Tetapi Petrus bangun dan berlari ke makam itu. Dia membongkok ke dalam lalu nampak kain kafan sahaja di situ. Dia pulang dengan hairan sambil memikirkan apa yang telah berlaku.
13Pada hari itu juga dua orang antara pengikut Isa sedang dalam perjalanan ke sebuah kampung yang bernama Emaus, kira-kira tujuh batu jauhnya dari Baitulmaqdis.
14Kedua-duanya berbual-bual tentang segala yang telah berlaku itu.
15Ketika mereka berbual-bual dan berbincang, Isa sendiri menghampiri mereka lalu berjalan bersama-sama.
16Mereka nampak Isa tetapi mereka tidak mengenali Dia.
17Isa berkata kepada mereka, ‘Apakah perkara-perkara yang sedang kamu bincangkan dalam perjalanan kamu ini?’ Mereka pun berhenti di situ dengan berwajah murung.
18Seorang daripadanya yang bernama Kleopas bertanya kepada Isa, ‘Engkaukah satu-satunya orang di Baitulmaqdis yang belum mengetahui peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam beberapa hari ini?’
19Isa berkata, ‘Apakah yang telah berlaku?’ Mereka menjawab, ‘Segala perkara yang berlaku kepada Isa, orang Nasaret. Dia seorang nabi. Di sisi Allah dan pada pandangan orang, Dia berkuasa dalam apa yang dikatakan dan dilakukan-Nya.
20Ketua-ketua imam dan para pemimpin kita telah menyerahkan-Nya untuk dijatuhi hukuman mati lalu mereka menyalib-Nya.
21Kami telah berharap bahawa Dialah yang akan membebaskan Israel. Tambahan lagi, hari ini ialah hari yang ketiga semenjak perkara-perkara itu telah berlaku.
22Beberapa orang perempuan daripada golongan kami telah menakjubkan kami. Mereka telah siang-siang ke makam pada pagi tadi.
23Akan tetapi, mereka tidak mendapati jenazah-Nya. Mereka pulang menceritakan bahawa mereka nampak malaikat-malaikat yang memberitahu mereka bahawa Dia hidup.
24Beberapa orang daripada kumpulan kami telah pergi ke makam itu dan mendapati sebagaimana yang dikatakan oleh perempuan-perempuan itu, tetapi mereka tidak nampak Dia.’
25Kemudian, Isa berkata kepada mereka, ‘Betapa bodohnya kamu! Betapa lambatnya kamu percaya akan segala kata nabi-nabi!
26Bukankah al-Masih harus menderita sedemikian untuk mencapai kemuliaan-Nya?’

Read Lukas 24Lukas 24
Compare Lukas 24:2-26Lukas 24:2-26