Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 24

Kisah Para Rasul 24:8-20

Help us?
Click on verse(s) to share them!
8Dia mengarahkan kami, pendakwa-pendakwa orang ini, supaya menghadapmu. Jika kamu menyoal orang ini, kamu akan mendapati bahawa segala tuduhan kami ini benar.’
9Orang Yahudi turut serta menuduh Paulus, dan mengatakan bahawa segala yang dikatakan itu benar.
10Setelah menerima isyarat daripada pemerintah itu menyuruhnya bercakap, Paulus menjawab dakwaan itu demikian: ‘Aku tahu kamu telah lama menjadi hakim di negeri ini. Oleh itu aku dengan senang hati mengadukan hal kepadamu.
11Hanya dua belas hari yang lalu aku telah pergi ke Baitulmaqdis untuk beribadat.
12Aku tidak didapati berbincang dengan sesiapa atau menghimpunkan orang ramai itu untuk menimbulkan huru-hara, baik di rumah ibadat, saumaah, atau di mana-mana di kota itu.
13Para pendakwa juga tidak dapat membuktikan kepadamu segala tuduhan mereka terhadapku.
14Aku mengaku di hadapanmu bahawa aku menyembah Allah, Tuhan nenek moyangku, menurut Jalan Tuhan yang dianggap salah oleh mereka. Aku juga percaya dan berpegang kepada hukum Taurat, dan segala yang tersurat di dalam kitab nabi-nabi.
15Seperti mereka juga, aku berharap kepada Allah bahawa semua orang akan dibangkitkan daripada kematian kelak, sama ada orang benar ataupun orang jahat.
16Oleh itu aku sentiasa berusaha supaya hatiku bersih daripada kesalahan kepada Allah dan kepada manusia.
17‘Selepas beberapa tahun di tempat-tempat lain, aku ke Baitulmaqdis membawa derma untuk bangsaku, dan mempersembahkan korban.
18Mereka mendapati aku di dalam rumah ibadat setelah aku menyucikan diri; aku tidak membawa kumpulan yang besar dan tidak mencetuskan huru-hara.
19Ketika itu ada beberapa orang Yahudi dari Asia. Merekalah yang patut menghadap kamu di sini untuk mendakwa, kalaulah ada sesuatu yang patut didakwa tentang aku.
20Ataupun biarlah orang ini menyatakan apa kesalahan yang didapatinya pada diriku ketika aku berdiri di hadapan majlis mereka itu.

Read Kisah Para Rasul 24Kisah Para Rasul 24
Compare Kisah Para Rasul 24:8-20Kisah Para Rasul 24:8-20