Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 24:8-20 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 24:8-20 in Kitab Suci Zabur dan Injil

8 Dia mengarahkan kami, pendakwa-pendakwa orang ini, supaya menghadapmu. Jika kamu menyoal orang ini, kamu akan mendapati bahawa segala tuduhan kami ini benar.’
9 Orang Yahudi turut serta menuduh Paulus, dan mengatakan bahawa segala yang dikatakan itu benar.
10 Setelah menerima isyarat daripada pemerintah itu menyuruhnya bercakap, Paulus menjawab dakwaan itu demikian: ‘Aku tahu kamu telah lama menjadi hakim di negeri ini. Oleh itu aku dengan senang hati mengadukan hal kepadamu.
11 Hanya dua belas hari yang lalu aku telah pergi ke Baitulmaqdis untuk beribadat.
12 Aku tidak didapati berbincang dengan sesiapa atau menghimpunkan orang ramai itu untuk menimbulkan huru-hara, baik di rumah ibadat, saumaah, atau di mana-mana di kota itu.
13 Para pendakwa juga tidak dapat membuktikan kepadamu segala tuduhan mereka terhadapku.
14 Aku mengaku di hadapanmu bahawa aku menyembah Allah, Tuhan nenek moyangku, menurut Jalan Tuhan yang dianggap salah oleh mereka. Aku juga percaya dan berpegang kepada hukum Taurat, dan segala yang tersurat di dalam kitab nabi-nabi.
15 Seperti mereka juga, aku berharap kepada Allah bahawa semua orang akan dibangkitkan daripada kematian kelak, sama ada orang benar ataupun orang jahat.
16 Oleh itu aku sentiasa berusaha supaya hatiku bersih daripada kesalahan kepada Allah dan kepada manusia.
17 ‘Selepas beberapa tahun di tempat-tempat lain, aku ke Baitulmaqdis membawa derma untuk bangsaku, dan mempersembahkan korban.
18 Mereka mendapati aku di dalam rumah ibadat setelah aku menyucikan diri; aku tidak membawa kumpulan yang besar dan tidak mencetuskan huru-hara.
19 Ketika itu ada beberapa orang Yahudi dari Asia. Merekalah yang patut menghadap kamu di sini untuk mendakwa, kalaulah ada sesuatu yang patut didakwa tentang aku.
20 Ataupun biarlah orang ini menyatakan apa kesalahan yang didapatinya pada diriku ketika aku berdiri di hadapan majlis mereka itu.
Kisah Para Rasul 24 in Kitab Suci Zabur dan Injil