Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Rom - Rom 3

Rom 3:5-27

Help us?
Click on verse(s) to share them!
5Tetapi jika kemungkaran kita menunjukkan kebenaran Allah, apa yang harus kita katakan? Adakah Allah tidak adil menimpakan kemurkaan-Nya? (Aku bercakap sebagai seorang manusia.)
6Sama sekali tidak! Kerana jika demikian, bagaimana Allah dapat menghakimi dunia!
7Jika kebenaran Allah bertambah kerana aku mendustai kemuliaan-Nya, mengapa aku tetap dihakimi sebagai orang berdosa?
8Dan mengapa tidak dikatakan, ‘Mari kita berbuat jahat supaya hasilnya baik.’ Demikian orang memfitnahkan kita berkata dan sesetengahnya menegaskan bahawa kita berkata begitu. Hukuman atas mereka itu memang wajar.
9Jadi bagaimana? Adakah kita lebih baik daripada mereka? Tidak sekali-kali. Kerana dahulu kita telah mengatakan bahawa baik orang Yahudi mahupun bukan Yahudi semuanya berada di bawah kuasa dosa.
10Sebagaimana tersurat: ‘Tiada yang benar, seorang pun tidak.
11Tiada yang mengerti, tiada yang mencari Allah.
12Semua telah menyeleweng semuanya tidak berguna; Tiada yang berbuat baik, seorang pun tidak.
13Kerongkong mereka seperti kubur terbuka; tipu daya mengalir dari lidah mereka; dan fitnah seperti bisa ular tersembur dari bibir mereka.
14Mulut mereka penuh sumpah seranah dan kepahitan.
15Kaki mereka cepat menumpahkan darah.
16Kemusnahan dan kesengsaraan mereka timbulkan merata-rata,
17sedangkan jalan damai tidak mereka kenal.
18Rasa takut terhadap Allah tiada di jiwa mereka.’
19Kita tahu bahawa segala yang tersurat di dalam Taurat adalah bagi mereka yang hidup di bawah Taurat. Oleh itu tiada siapapun dapat berdalih dan seluruh umat manusia akan dihakimi oleh Allah.
20Oleh itu tiada siapapun akan diperakui benar di sisi Allah kerana mengamalkan hukum Taurat. Sebaliknya hukum Taurat hanya menyedarkan manusia bahawa mereka berdosa.
21Tetapi sekarang, tanpa hukum Taurat, kebenaran Allah telah dinyatakan. Hukum Taurat dan para nabi telah memberikan kesaksian tentang hal itu.
22Kebenaran Allah hanya melalui iman kepada Isa al-Masih. Hal ini berlaku kepada semua orang tanpa membezakan sesiapapun.
23Kerana semua manusia berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah.
24Namun, dengan kasih kurnia Allah yang dikurniakan-Nya dengan rela, manusia dapat diperbenar melalui penebusan yang terdapat dalam Isa al-Masih.
25Allah menjadikan Isa al-Masih korban pendamaian supaya dengan kematian Isa, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Allah berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya kerana pada masa silam, Allah bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka.
26Tetapi sekarang Dia bertindak terhadap dosa untuk menyatakan kebenaran-Nya. Allah menunjukkan bahawa Dia benar dan memperbenar semua mereka yang beriman kepada Isa.
27Dengan demikian, apakah yang dapat dibanggakan? Tidak ada sama sekali! Adakah melalui ketaatan akan hukum Taurat? Tidak, tetapi melalui iman.

Read Rom 3Rom 3
Compare Rom 3:5-27Rom 3:5-27