Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Rom - Rom 10

Rom 10:1-16

Help us?
Click on verse(s) to share them!
1Saudara-saudaraku, hasrat hatiku dan doaku kepada Allah tentang orang Israel ialah semoga mereka akan diselamatkan.
2Aku dapat memberi kesaksian bahawa mereka bersungguh-sungguh dalam ibadat kepada Allah, tetapi kesungguhan mereka tidak berasaskan pengetahuan yang benar.
3Oleh sebab mereka tidak mengetahui kebenaran yang datang daripada Allah dan mereka berusaha menegakkan kebenaran mereka sendiri, maka mereka tidak tunduk kepada kebenaran Allah. Kebenaran kerana iman
4al-Masih adalah titik tamat hukum supaya kebenaran didapati oleh setiap orang yang beriman.
5Musa telah menulis tentang kebenaran berasaskan hukum Taurat, ‘Sesiapa yang melakukan hal-hal ini akan hidup mengikutnya.’
6Tetapi kebenaran berasaskan iman berkata demikian, ‘Jangan bertanya dalam hatimu, “Siapa yang akan naik ke syurga?” (untuk membawa al-Masih turun)
7atau, “Siapa yang akan turun ke alam kubur?” (untuk membawa al-Masih naik daripada kematian).
8Apakah yang dikatakan? ‘Firman itu begitu dekat denganmu, di mulutmu dan di hatimu (iaitu firman tentang iman yang kami isytiharkan):
9Jika kamu akui dengan mulutmu bahawa Isa adalah Junjungan Yang Esa dan percaya dalam hatimu bahawa Allah telah membangkitkan-Nya daripada kematian, kamu akan diselamatkan;
10kerana dengan hatimu kamu beriman dan diperbenar, dan dengan mulutmu kamu mengaku lalu diselamatkan.
11Sebagaimana tersurat di dalam kitab suci, ‘Sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan diaibkan.’
12Kerana tidak ada perbezaan antara orang Israel dengan bangsa lain, kerana Tuhan yang sama berkuasa ke atas semuanya dan melimpahkan berkat ke atas semua yang menyeru kepada-Nya.
13Kerana ‘Sesiapa yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan.’
14Jadi, bagaimana mereka dapat menyeru kepada-Nya sedangkan mereka tidak beriman kepada-Nya? Dan bagaimana mereka dapat beriman kepada-Nya sedangkan mereka tidak pernah mendengar tentang-Nya? Dan bagaimana mereka dapat mendengar sedangkan tiada sesiapapun yang mengajar mereka tentang-Nya?
15Dan bagaimana orang dapat mengajar kecuali dihantar? Sebagaimana tersurat di dalam kitab suci, ‘Alangkah indahnya kaki mereka yang membawa berita baik!’
16Sebagaimana kata Yasyaya, ‘Tuhan, siapa yang percaya akan perkhabaran yang kami sampaikan?’

Read Rom 10Rom 10
Compare Rom 10:1-16Rom 10:1-16