Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Lukas - Lukas 19

Lukas 19:9-20

Help us?
Click on verse(s) to share them!
9Isa berkata kepadanya, ‘Pada hari ini juga penyelamatan telah datang kepada seluruh keluarga kamu kerana kamu juga seorang keturunan Ibrahim.
10Putera Insan datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang sesat.’
11Isa menceritakan sebuah ibarat kepada mereka yang mendengar-Nya. Dia kini telah hampir tiba ke Baitulmaqdis dan mereka menyangka bahawa kerajaan Allah akan menjadi nyata tidak lama lagi.
12Jadi, Isa berkata: ‘Seorang bangsawan telah berangkat ke negeri jauh untuk dilantik menjadi raja dan akan kembali.
13Terlebih dahulu dia memanggil sepuluh orang hambanya, lalu memberi masing-masing sekeping wang emas dan berkata kepada mereka, “Uruskanlah wang ini sehingga aku pulang.”
14‘Tetapi rakyat negeri itu membencinya dan menyuruh utusan-utusan untuk memberitahunya, “Kami tidak mahu orang ini menjadi raja kami.”
15‘Setelah dia menjadi raja, dia kembali dan memerintah hamba-hamba yang telah diberi wang emas datang menghadapnya dengan segera. Dia ingin mengetahui jumlah keuntungan dalam perniagaan masing-masing.
16‘Yang pertama menghadap dan berkata, “Tuan, sekeping wang emas tuan itu telah menjadi sepuluh kali lebih banyak.”
17‘Tuan itu berkata kepadanya, “Bagus sekali, hamba yang baik. Oleh sebab engkau telah setia dalam perkara kecil ini, aku akan menjadikan engkau penguasa sepuluh buah kota.”
18‘Yang kedua menghadap dan berkata, “Tuan, sekeping wang emas tuan itu telah menjadi lima kali lebih banyak.”
19‘Tuan itu berkata kepadanya, “Engkau akan menjadi penguasa lima buah kota.”
20‘Seorang hamba lagi menghadap dan berkata, “Tuan inilah wang emas tuan yang telah aku simpan di dalam sehelai kain.

Read Lukas 19Lukas 19
Compare Lukas 19:9-20Lukas 19:9-20