13Para pendakwa juga tidak dapat membuktikan kepadamu segala tuduhan mereka terhadapku.
14Aku mengaku di hadapanmu bahawa aku menyembah Allah, Tuhan nenek moyangku, menurut Jalan Tuhan yang dianggap salah oleh mereka. Aku juga percaya dan berpegang kepada hukum Taurat, dan segala yang tersurat di dalam kitab nabi-nabi.
15Seperti mereka juga, aku berharap kepada Allah bahawa semua orang akan dibangkitkan daripada kematian kelak, sama ada orang benar ataupun orang jahat.
16Oleh itu aku sentiasa berusaha supaya hatiku bersih daripada kesalahan kepada Allah dan kepada manusia.
17‘Selepas beberapa tahun di tempat-tempat lain, aku ke Baitulmaqdis membawa derma untuk bangsaku, dan mempersembahkan korban.
18Mereka mendapati aku di dalam rumah ibadat setelah aku menyucikan diri; aku tidak membawa kumpulan yang besar dan tidak mencetuskan huru-hara.
19Ketika itu ada beberapa orang Yahudi dari Asia. Merekalah yang patut menghadap kamu di sini untuk mendakwa, kalaulah ada sesuatu yang patut didakwa tentang aku.
20Ataupun biarlah orang ini menyatakan apa kesalahan yang didapatinya pada diriku ketika aku berdiri di hadapan majlis mereka itu.