Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Rom - Rom 11

Rom 11:14-34

Help us?
Click on verse(s) to share them!
14dengan harapan dapat menimbulkan iri hati bangsaku sendiri dan menyelamatkan sesetengah mereka.
15Jika penyingkiran mereka mendatangkan perdamaian bagi seisi dunia, lebih-lebih lagilah kalau mereka diterima semula oleh Allah! Bukankah hal ini seperti hidup kembali selepas mati?
16Sekiranya gumpalan pertama suci, maka sucilah seluruh adunan. Jika suci akar pohon, maka demikian jugalah cabang-cabangnya.
17Andainya beberapa cabang itu dipatahkan dan kamu, walaupun pucuk zaitun liar, dicantumkan lalu berkongsi akar dengan pohon zaitun yang subur itu,
18janganlah bercakap besar kepada cabang-cabang lain. Kalau kamu bermegah juga, ingatlah bahawa bukan kamu yang menyokong akar tetapi akar yang menyokong kamu.
19Ketika itu kamu akan berkata: ‘Cabang-cabang itu dipatahkan supaya aku dapat dicantumkan.’
20Memang benar. Oleh sebab tidak beriman, cabang-cabang itu dipatahkan, dan kamu dapat berada di situ kerana iman! Janganlah angkuh; sebaliknya takutlah.
21Kerana jika Allah tidak mengampuni cabang-cabang tabii itu, Dia tidak akan mengampunimu juga.
22Oleh itu, fikirkanlah belas ihsan dan juga kekerasan-Nya; kekerasan kepada mereka yang terjerumus; belas ihsan kepada kamu, asalkan kamu berterusan dalam belas ihsan-Nya. Jika tidak, kamu juga akan dibuangkan.
23Mereka juga, jika mengubah sikap tidak percaya, akan dicantumkan semula, kerana Allah berupaya berbuat demikian.
24Kalau kamu yang telah dipotong dari pokok zaitun liar dapat dicantumkan ke pohon zaitun yang baik dan berbeza tabiinya, lebih-lebih lagilah cabang-cabang tabii itu dapat dicantumkan ke pokok zaitunnya sendiri!
25Saudara-saudaraku, aku tidak mahu kamu jahil tentang rahsia ini, supaya kamu tidak berasa megah: Sebahagian daripada orang Israel telah menjadi keras hati sehingga genap jumlah orang bukan bani Israel telah masuk.
26Kemudian seluruh orang Israel akan diselamatkan, sebagaimana yang telah tersurat: ‘Penyelamat akan datang dari Sion, dan Dia akan menjauhkan kemungkaran daripada Yakub;
27Kerana inilah perjanjian-Ku dengan mereka ketika Aku menghapuskan dosa-dosa mereka.’
28Dari segi Injil, orang Israel dimusuhi keranamu, tetapi dari segi pilihan, mereka dikasihi kerana nenek moyang mereka;
29kerana kurnia dan panggilan Allah tidak akan ditarik kembali selama-lamanya.
30Sebagaimana kamu dahulu ingkar kepada Allah namun kini telah mendapat belas kasihan kerana keingkaran mereka,
31demikian jugalah mereka yang kini telah ingkar, melalui belas kasihan yang kamu peroleh, mereka juga mungkin mendapat belas kasihan.
32Allah telah mengeraskan hati mereka dalam keingkaran, supaya Dia dapat mengasihani semuanya.
33Oh, betapa kaya kebijaksanaan dan pengetahuan Allah! Penghakiman-Nya tidak terduga, dan jalan-jalan-Nya tidak mungkin diselami!
34‘Kerana siapakah yang mengetahui fikiran Tuhan? Siapa yang menjadi penasihat-Nya?

Read Rom 11Rom 11
Compare Rom 11:14-34Rom 11:14-34