Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 8

Kisah Para Rasul 8:18-27

Help us?
Click on verse(s) to share them!
18Setelah Simon melihat betapa Roh Suci diberi ketika para rasul meletakkan tangan, dia menawarkan wang kepada mereka
19sambil berkata, ‘Berilah aku kuasa itu juga, supaya sesiapa yang kuletakkan tangan atasnya akan menerima Roh Suci.’
20Tetapi Petrus berkata kepadanya, ‘Punahlah wangmu bersamamu, kerana kamu menyangka kurnia Allah dapat dibeli dengan wang!
21Kamu tidak ada bahagian dalam pekerjaan kami, kerana hatimu tidak ikhlas di sisi Allah.
22Oleh itu bertaubatlah daripada kejahatanmu itu, dan berdoalah kepada Tuhan semoga kamu dapat diampuni kerana niat di hatimu itu;
23kerana kulihat kamu diracuni perasaan kepahitan dan dibelenggu dosa.’
24Simon menjawab, ‘Berdoalah kepada Tuhan untukku, supaya apa yang kamu sebutkan tadi tidak menimpaku.’
25Setelah mereka memberi kesaksian dan menyampaikan firman Tuhan, mereka pun pulang ke Baitulmaqdis, sambil menyebarkan perkhabaran baik tentang Isa di banyak kampung orang Samaria.
26Malaikat Tuhan berkata kepada Filipus, ‘Bangkit dan pergilah ke arah selatan di jalan antara Baitulmaqdis dengan Gaza. Sekarang tempat itu lengang.’
27Dia pun bangkit lalu pergi. Ada seorang Habsyi, seorang sida-sida yang besar pangkatnya di bawah perintah Kandake, ratu negeri Habsyah, dan ditugaskan menjaga seluruh perbendaharaannya. Dia telah pergi ke Baitulmaqdis untuk sembahyang.

Read Kisah Para Rasul 8Kisah Para Rasul 8
Compare Kisah Para Rasul 8:18-27Kisah Para Rasul 8:18-27