Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Rom - Rom 1

Rom 1:17-23

Help us?
Click on verse(s) to share them!
17Kerana di dalamnya kebenaran Allah dinyatakan dari iman ke iman, sebagaimana tersurat di dalam Kitab Suci: ‘Orang benar akan hidup dengan iman.’
18Kemurkaan Allah ternyata dari syurga terhadap segala kefasiqan dan kedurjanaan yang dilakukan oleh manusia, yang menyembunyikan kebenaran dengan kedurjanaan,
19kerana segala yang mungkin diketahui oleh manusia tentang Allah telah nyata bagi mereka; Allah sendiri telah menyatakannya kepada mereka.
20Sejak wujudnya alam semesta, sifat-sifat Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata, iaitu kuasa-Nya yang kekal dan ketuhanan-Nya, semuanya jelas ternyata serta difahami melalui segala ciptaan-Nya. Oleh itu tiada alasan bagi memaafkan mereka.
21Walaupun mereka telah mengenal Allah, tetapi mereka tidak memuliakan-Nya dan tidak memuji-Nya dengan syukur, sebaliknya mereka memikirkan yang sia-sia dan jiwa mereka yang tolol diliputi kegelapan.
22Mereka mengaku bijaksana, tetapi sebenarnya mereka tolol.
23Mereka berpaling daripada kemuliaan Allah yang kekal lalu menyembah patung-patung yang diperbuat seperti bentuk manusia yang fana, burung, haiwan berkaki empat dan binatang yang menjalar.

Read Rom 1Rom 1
Compare Rom 1:17-23Rom 1:17-23