Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Markus - Markus 7

Markus 7:13-27

Help us?
Click on verse(s) to share them!
13Jadi, adat istiadat yang kamu sampaikan membatalkan firman Allah. Banyak lagi perkara sedemikian yang kamu lakukan.’
14Isa memanggil orang ramai itu dan berkata kepada mereka, ‘Kamu semua, dengarlah supaya kamu faham.
15Apa yang masuk dari luar ke dalam seseorang tidak dapat menajiskannya. Apa yang keluar daripada seseorang itulah yang menajiskannya.
16Jika kamu bertelinga, dengarlah!’
17Setelah Isa meninggalkan orang ramai itu dan masuk ke rumah, para pengikut-Nya bertanya kepada-Nya tentang maksud ibarat itu.
18Isa berkata kepada mereka, ‘Kamu ini sama dengan mereka. Tidakkah kamu faham bahawa apa yang masuk dari luar ke dalam seseorang tidak dapat menajiskannya?
19Kerana sesuatu itu tidak masuk ke hatinya tetapi ke dalam perutnya, kemudian keluar semula.’ (Dengan demikian Dia menyatakan semua makanan halal.)
20Kata-Nya lagi: ‘Apa yang keluar daripada seseorang itu menajiskannya
21kerana dari dalam, dari hati manusialah timbul fikiran jahat yang mendorong seseorang berfikiran durjana, berbuat cabul, mencuri, membunuh,
22berzina, tamak, berdendam, menipu, mengeluarkan kata-kata lucah, bermata jahat, dengki, mengkufuri Allah, berlagak sombong, dan bersikap bodoh.
23Semua perkara jahat ini timbul dari dalam hati dan itulah yang menajiskan seseorang.’
24Kemudian Isa pergi dari situ ke kawasan berdekatan kota Tirus, lalu masuk ke sebuah rumah. Dia tidak mahu orang tahu Dia ada di situ tetapi Dia tidak dapat menyembunyikan diri.
25Ibu kepada seorang anak perempuan yang dirasuk roh durjana telah mendengar tentang Isa lalu segera datang kepada-Nya dan sujud di hadapan-Nya.
26Wanita itu seorang Yunani, dia berasal dari daerah Fenisia di Siria. Dia memohon Isa menghalau roh iblis yang merasuk anaknya.
27Isa menjawab, ‘Anak-anak harus diberi makan dahulu. Tidak patut makanannya diambil untuk dilemparkan kepada anjing.’

Read Markus 7Markus 7
Compare Markus 7:13-27Markus 7:13-27