Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 27

Kisah Para Rasul 27:17-42

Help us?
Click on verse(s) to share them!
17Setelah dinaikkan sekoci itu ke kapal, diusahakan memperkukuh kapal itu dengan ikatan tali. Oleh sebab takut terdampar ke tebing Sirtis, layar diturunkan dan kapal itu dibiarkan mengikut angin.
18Kami begitu teruk dipukul ribut sehingga esoknya muatan kapal mula dibuang ke laut;
19dan lusanya sebahagian alat kapal itu pula dibuangkan.
20Beberapa hari kami tidak melihat matahari dan bintang serta dipukul ribut yang dahsyat; akhirnya putuslah harapan kami diselamatkan.
21Sekian lama orang di dalam kapal itu tidak makan, lalu Paulus berdiri dan berkata, ‘Saudara-saudara, sepatutnya dulu saudara-saudara menurut kataku, jangan belayar meninggalkan Kreta, nanti ditimpa bencana dan kerugian demikian.
22Sekarang aku berkata kepada saudara-saudara, tetapkan hati masing-masing, kerana seorang pun tidak akan kehilangan hidup, hanya kapal ini tidak dapat diselamatkan.
23Malam tadi, di sisi aku terdiri malaikat daripada Allah, Tuhan yang memiliki seluruh diriku dan yang aku sembah.
24Malaikat itu berkata, “Paulus, jangan takut. Kau pasti akan berdiri di hadapan Kaisar. Semua yang belayar bersamamu akan diselamatkan juga sebagai kurnia Allah kepadamu.”
25Oleh itu, saudara-saudara, tetapkanlah hati masing-masing. Aku percaya akan Allah dan janji-Nya yang disampaikan kepadaku itu.
26Tetapi tidak dapat dielakkan, kita akan terdampar di sebuah pulau.’
27Sampai ke malam yang keempat belas kami masih berhanyut dalam Laut Adria. Kira-kira tengah malam, anak kapal merasakan kami sudah hampir ke darat.
28Mereka membuang batu duga untuk mengukur dalamnya laut, didapatinya dua puluh depa; kemudian, apabila diduga lagi, didapatinya lima belas depa dalamnya.
29Mereka takut kalau-kalau terdampar pada batu karang, lalu mereka menurunkan empat sauh dari buritan kapal serta menanti hari siang.
30Ketika itu anak kapal hendak menyelamatkan diri sendiri. Mereka menurunkan sekoci ke laut dengan berpura-pura hendak menurunkan sauh di haluan kapal.
31Paulus pun berkata kepada ketua tentera dan askar-askar, ‘Jika mereka itu meninggalkan kapal, saudara-saudara tidak akan selamat.’
32Oleh itu askar mengerat tali sekoci dan membiarkannya hanyut.
33Sementara menunggu hari siang, Paulus meminta semua orang makan. Dia berkata, ‘Sekarang sudah empat belas hari saudara-saudara berlapar.
34Aku meminta kepada sekalian, makanlah sesuatu, kerana itulah yang akan membuat saudara-saudara selamat. Tiada seorang pun di antara kita yang akan binasa sehelai rambutnya pun.’
35Setelah berkata demikian, Paulus mengambil roti lalu mengucapkan syukur kepada Allah di hadapan semua. Kemudian dia membahagi roti itu lalu makan.
36Masing-masing pun berasa bersemangat lagi lalu makan bersama-sama.
37Bilangan kami yang di dalam kapal itu dua ratus tujuh puluh enam orang.
38Setelah kenyang sekaliannya, kapal itu diringankan lagi dengan membuang gandum ke laut.
39Apabila hari siang, mereka melihat daratan yang tidak dikenali; di situ ada teluk yang berpantai rata lalu mereka bercadang hendak mengandaskan kapal itu ke situ.
40Mereka memotong tali sauh dan membiarkannya tenggelam di laut. Selepas itu mereka melucutkan tali kemudi lalu menaikkan layar di haluan supaya angin meniup kapal itu menuju ke pantai.
41Kapal itu terlanggar busung pasir lalu terkandas haluannya, dan tidak dapat bergerak manakala buritannya pecah dipukul gelombang.
42Askar-askar mula berura-ura hendak membunuh semua orang tahanan supaya tidak seorang pun berenang melarikan diri.

Read Kisah Para Rasul 27Kisah Para Rasul 27
Compare Kisah Para Rasul 27:17-42Kisah Para Rasul 27:17-42