Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - 1 Yahya - 1 Yahya 2

1 Yahya 2:2-12

Help us?
Click on verse(s) to share them!
2Dialah korban pendamaian bagi dosa kita, malah bukan dosa kita sahaja tetapi dosa seluruh umat manusia.
3Jika kita taat akan perintah Allah, benarlah kita mengenal-Nya.
4Sekiranya seseorang berkata, ‘Aku mengenal Allah,’ tetapi tidak taat akan perintah-Nya, maka dia seorang pendusta dan kebenaran tidak ada di dalam dirinya.
5Tetapi jika sesiapa taat akan firman Allah, maka sempurnalah kasih Allah di dalam orang itu. Dengan demikian kita ketahui kita ada di dalam Dia:
6Sesiapa berkata bahawa dia tetap di dalam Allah, hendaklah dia menurut jejak langkah al-Masih.
7Sahabat-sahabat yang kukasihi, perintah yang kutulis ini bukanlah perintah baru. Perintah ini perintah lama, yang telah kamu terima dari mulanya. Perintah lama ini firman Allah yang telah kamu dengar.
8Namun demikian, perintah yang kutulis ini tetap baru: Kebenarannya ternyata pada diri al-Masih dan dirimu. Ini disebabkan kegelapan hampir berlalu dan cahaya yang benar telah pun bersinar.
9Sesiapa yang berkata bahawa dia hidup dalam cahaya tetapi dia benci akan saudaranya, maka dia tetap berada dalam kegelapan hingga sekarang.
10Sesiapa yang kasih akan saudaranya hidup di dalam cahaya dan dalam dirinya tidak ada sesuatu pun yang dapat membuatnya kecundang.
11Tetapi sesiapa yang benci akan saudaranya hidup dalam kegelapan. Dia melangkah dalam kegelapan dan tidak tahu ke mana hala tujunya, kerana kegelapan telah membutakannya.
12Anak-anakku, aku menulis kepadamu, kerana dosamu telah diampunkan atas nama al-Masih.

Read 1 Yahya 21 Yahya 2
Compare 1 Yahya 2:2-121 Yahya 2:2-12