18Di situ mereka menyalib-Nya, bersama dua orang lain di kiri kanan-Nya.
19Pilatus memerintahkan supaya satu catatan ditulis dan diletakkannya di atas salib itu. Tulisan itu berbunyi: ISA ORANG NASARET, RAJA ORANG YAHUDI.
20Ramai orang Yahudi membaca tulisan itu, kerana tempat Isa disalib itu dekat dengan kota, dan tulisan itu dalam bahasa Ibrani, Yunani dan Latin.
21Ketua-ketua imam Yahudi pula berkata kepada Pilatus, ‘Janganlah tulis: “Raja Orang Yahudi.” Tetapi, tulislah: “Dia berkata Dia raja orang Yahudi.” ’
22Pilatus menjawab, ‘Apa yang sudah kutulis itu sudah kutulis.’
23Setelah menyalib Isa, askar-askar mengambil pakaian-Nya, dibahagi empat, sebahagian untuk setiap askar. Mereka mengambil jubah-Nya juga. Jubah itu tidak berkelim, seluruhnya dianyam dari atas.
24Oleh itu mereka berkata-kata sesama sendiri, ‘Janganlah kita koyakkan. Kita buang undi untuk menentukan siapa yang dapat.’ Dengan demikian berlakulah apa yang tersurat di dalam Kitab Suci: ‘Mereka membahagikan pakaian-Ku antara mereka, dan untuk mendapat jubah-Ku mereka membuang undi.’ Begitulah yang dilakukan oleh askar-askar itu.
25Di tepi salib Isa berdiri ibu-Nya, dan saudara perempuan ibu-Nya, Maryam isteri Klopas, dan Maryam Magdalena.