Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Rom - Rom 15

Rom 15:3-18

Help us?
Click on verse(s) to share them!
3Al-Masih tidak menyukakan hati-Nya sendiri; sebaliknya telah tersurat: ‘Segala celaan daripada mereka yang mencela-Mu telah menimpa-Ku.’
4Segala yang tersurat pada masa dahulu adalah untuk menjadi pengajaran kepada kita, supaya melalui kesabaran dan penglipuran daripada tulisan-tulisan suci itu kita mendapat harapan.
5Semoga Allah yang memberikan kesabaran dan galakan, mengurniaimu perpaduan yang sama terhadap satu sama lain, menurut Isa al-Masih.
6Dengan demikian dapatlah kamu dengan sebulat hati dan suara memuliakan Allah, Bapa Junjungan kita Isa al-Masih.
7Terimalah satu sama lain, sebagaimana al-Masih telah menerima kita, demi kemuliaan Allah.
8Sekarang aku berkata kepadamu bahawa Isa al-Masih telah menjadi hamba kepada umat yang bersunat demi kebenaran Allah, untuk meneguhkan janji yang telah dibuat kepada nenek moyang kita,
9dan supaya bangsa-bangsa lain juga memuliakan Allah kerana belas kasihan-Nya, sebagaimana telah tersurat: ‘Kerana itulah Aku akan memuliakan-Mu dalam kalangan bangsa-bangsa lain, menyanyikan pujian bagi nama-Mu.’
10Seterusnya dikatakan lagi: ‘Bergembiralah, semua bangsa, bersama umat-Nya!’
11Kemudian, ‘Pujilah Tuhan, hai semua bangsa! Pujilah Dia, hai kamu semua manusia!’
12Yasyaya menyampaikan juga: ‘Akan ada tunas dari Isai, Dialah yang bangkit memerintah semua bangsa, kepada-Nyalah semua bangsa akan menaruh harapan.’
13Semoga Allah, sumber harapan, memenuhi hatimu dengan kegembiraan dan kesejahteraan dalam iman, supaya kamu dilimpahi harapan dengan kuasa Roh Suci.
14Sekarang aku yakin tentangmu, saudara-saudaraku, bahawa kamu juga penuh dengan kebaikan dan pengetahuan serta dapat saling menasihati.
15Namun begitu, saudara-saudaraku, aku telah menulis kepadamu dengan lebih tegas tentang hal-hal tertentu kerana kasih kurnia yang telah dikurniakan Allah kepadaku,
16menjadikan aku hamba Isa al-Masih bagi bangsa-bangsa lain, menyampaikan berita baik daripada Allah, supaya persembahan bangsa-bangsa lain itu diterima Allah, disucikan oleh Roh Suci.
17Dengan demikian aku dapat berbangga dalam Isa al-Masih tentang hal-hal berkaitan Allah.
18Aku tidak akan berani bercakap tentang sesuatu selain yang telah dilakukan oleh al-Masih melaluiku, dengan kata-kata dan perbuatan, untuk menjadikan bangsa-bangsa lain itu taat,

Read Rom 15Rom 15
Compare Rom 15:3-18Rom 15:3-18