Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Lukas - Lukas 19

Lukas 19:15-27

Help us?
Click on verse(s) to share them!
15‘Setelah dia menjadi raja, dia kembali dan memerintah hamba-hamba yang telah diberi wang emas datang menghadapnya dengan segera. Dia ingin mengetahui jumlah keuntungan dalam perniagaan masing-masing.
16‘Yang pertama menghadap dan berkata, “Tuan, sekeping wang emas tuan itu telah menjadi sepuluh kali lebih banyak.”
17‘Tuan itu berkata kepadanya, “Bagus sekali, hamba yang baik. Oleh sebab engkau telah setia dalam perkara kecil ini, aku akan menjadikan engkau penguasa sepuluh buah kota.”
18‘Yang kedua menghadap dan berkata, “Tuan, sekeping wang emas tuan itu telah menjadi lima kali lebih banyak.”
19‘Tuan itu berkata kepadanya, “Engkau akan menjadi penguasa lima buah kota.”
20‘Seorang hamba lagi menghadap dan berkata, “Tuan inilah wang emas tuan yang telah aku simpan di dalam sehelai kain.
21Aku takut akan tuan kerana tuan seorang yang keras hati. Tuan mengambil apa yang bukan milik tuan, dan menuai apa yang tidak tuan taburkan.”
22‘Tuan itu berkata, “Hamba yang tidak berguna! Aku akan menghukum engkau mengikut kata-katamu sendiri. Engkau mengetahui aku ini seorang yang keras hati, mengambil barang yang bukan milikku dan menuai apa yang tidak aku taburkan.
23Jadi, mengapakah engkau tidak memasukkan wang itu ke dalam tabung? Kemudian, setelah aku kembali, dapatlah aku ambil wang itu dengan faedahnya.”
24‘Lalu tuan itu berkata kepada orang yang berdiri di situ, “Ambillah keping wang itu daripadanya dan berikannya kepada orang yang ada sepuluh keping wang emas itu.”
25‘Mereka pun berkata kepadanya, “Tuan, dia sudah ada sepuluh keping.”
26‘Tuan itu berkata, “Orang yang sedia ada akan diberi lebih banyak, dan orang yang tidak mempunyai sesuatu akan diambil barang yang ada padanya.
27Sekarang, bawalah ke mari seteru-seteruku yang tidak mahu aku menjadi raja mereka. Bunuhlah mereka di hadapanku.” ’

Read Lukas 19Lukas 19
Compare Lukas 19:15-27Lukas 19:15-27