7Kami belayar dengan lambat dan susah payah kerana melawan arah tiupan angin. Selepas beberapa hari, kami tiba di kota Knidus. Oleh sebab masalah angin itu, kami belayar ke selatan pulau Kreta, melalui Salmone.
8Dengan susah payah juga kami menyusur pulau itu, lalu sampai ke tempat yang bernama Lindungan Indah, berdekatan Lasea.
9Beberapa hari kemudian, keadaan kian berbahaya untuk meneruskan pelayaran. Hari Raya Puasa orang Yahudi pun sudah berlalu. Paulus mengingatkan ketua tentera itu,
10‘Saudara-saudara, pada pandanganku, jika kita belayar, banyak bencana dan kerugian akan menimpa, bukan sahaja kapal ini dan muatannya malah nyawa kita juga.’