Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 23

Kisah Para Rasul 23:9-12

Help us?
Click on verse(s) to share them!
9Pertengkaran besar tercetus. Beberapa orang guru Taurat dari pihak orang Farisi bangkit dan menegaskan dengan penuh kesungguhan, ‘Kami dapati orang ini tidak bersalah langsung. Mungkin sekali roh atau malaikat telah bercakap dengannya.’
10Perkelahian menjadi begitu sengit sehingga ketua pasukan tentera itu takut kalau-kalau Paulus diserang. Dia menyuruh askar-askar segera mengambil Paulus dengan paksaan dari tengah-tengah orang itu dan membawanya ke dalam kubu.
11Pada malam berikut itu Tuhan berdiri di sisinya dan berkata, ‘Tetapkanlah hatimu; kerana sebagaimana kamu telah bersaksi tentang-Ku dengan sungguh-sungguh di Baitulmaqdis ini, begitulah kamu akan bersaksi di Rom pula.’
12Setelah hari siang, orang Yahudi membuat pakatan. Mereka bersumpah tidak akan makan dan minum hingga mereka membunuh Paulus.

Read Kisah Para Rasul 23Kisah Para Rasul 23
Compare Kisah Para Rasul 23:9-12Kisah Para Rasul 23:9-12