Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 23

Kisah Para Rasul 23:23-33

Help us?
Click on verse(s) to share them!
23Kemudian dia memanggil dua orang ketua tentera lalu berkata, ‘Lengkapkan dua ratus orang askar untuk pergi ke Kaisarea; askar bertombak dua ratus orang dan askar berkuda tujuh puluh. Mereka mesti bertolak pada pukul sembilan malam ini.’
24Ketua tentera itu juga menyuruh melengkapkan kenderaan dan menaikkan Paulus ke atasnya untuk dibawa kepada Feliks, pemerintah negeri, dengan selamat.
25Ketua tentera itu menulis surat seperti berikut:
26‘Salam daripadaku, Klaudius Lisias, kepada Feliks, pemerintah yang amat mulia.
27‘Orang ini telah ditangkap oleh orang Yahudi. Mereka hendak membunuhnya, lalu aku datang dengan askar-askar dan menyelamatkannya. Aku mendapat tahu dia warganegara Rom.
28Aku ingin mengetahui apa sebabnya dia dituduh oleh bangsanya. Oleh itu aku membawanya untuk menghadap Majlis Agama mereka.
29Aku mendapati dia tertuduh atas beberapa pertikaian tentang hukum agama; tetapi tiada suatu tuduhan pun yang patut dihukum bunuh atau penjara.
30Apabila aku diberitahu tentang suatu pakatan hendak membunuh orang ini, aku segera menghantarkannya kepada tuan. Aku berpesan kepada mereka yang menuduhnya supaya mendakwanya di hadapan tuan.’
31Askar-askar mengambil Paulus sebagaimana diarahkan lalu membawanya pada waktu malam ke Antipatris.
32Esoknya askar berkuda sahaja meneruskan perjalanan bersama Paulus manakala askar yang lain pulang ke Baitulmaqdis.
33Setelah sampai ke Kaisarea, surat itu dipersembahkan kepada pemerintah dan Paulus pun dihadapkan kepadanya.

Read Kisah Para Rasul 23Kisah Para Rasul 23
Compare Kisah Para Rasul 23:23-33Kisah Para Rasul 23:23-33