Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 5

Yahya 5:7-17

Help us?
Click on verse(s) to share them!
7Orang sakit itu menjawab, ‘Tuan, tiada siapapun di sini yang dapat memasukkan aku ke dalam kolam itu ketika airnya berkocak. Setiap kali aku cuba masuk, orang lain telah masuk dulu.’
8Isa berkata kepadanya, ‘Bangun, angkat tikarmu, dan berjalanlah.’
9Serta-merta orang itu sembuh lalu mengangkat tikarnya dan berjalan. Perkara itu terjadi pada hari Sabat.
10Oleh yang demikian, orang Yahudi berkata kepada orang itu, ‘Ini hari Sabat. Kamu melanggar hukum kerana mengangkat tikar.’
11Orang itu menjawab, ‘Orang yang menyembuhkanku tadi menyuruh aku mengangkat tikar dan berjalan.’
12Mereka pun bertanya, ‘Siapakah Dia yang menyuruhmu mengangkat tikar dan berjalan itu?’
13Akan tetapi orang yang baru disembuhkan itu tidak dapat menunjukkan yang mana orangnya, kerana Isa telah menghilang di antara orang ramai di situ.
14Tidak lama selepas itu, Isa bertemu dengan orang itu di dalam rumah ibadat dan berkata kepadanya, ‘Sekarang kamu sudah sembuh. Jangan berbuat dosa lagi, supaya kamu tidak menerima padah yang lebih teruk.’
15Orang itu kemudiannya memberitahu orang Yahudi bahawa Isalah yang telah menyembuhkannya.
16Dengan demikian, mereka mula memusuhi Isa kerana menyembuhkan orang pada hari Sabat.
17Namun, Isa berkata kepada mereka, ‘Bapa-Ku masih bekerja hingga sekarang, maka begitulah juga Aku.’

Read Yahya 5Yahya 5
Compare Yahya 5:7-17Yahya 5:7-17