Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 20

Yahya 20:19-26

Help us?
Click on verse(s) to share them!
19Pada hari minggu itu, setelah petang, para pengikut Isa berhimpun di sebuah rumah dengan pintu terkunci kerana takut akan orang Yahudi. Isa muncul di kalangan mereka lalu berkata, ‘Sejahtera ke atas kamu!’
20Selepas itu Dia menunjukkan tangan dan rusuk-Nya kepada mereka, maka mereka pun bersukacita melihat Junjungan.
21Isa berkata lagi kepada mereka, ‘Salam sejahtera kepadamu! Sebagaimana Bapa mengutus-Ku, begitulah Aku mengutusmu.’
22Kemudian Dia menghembuskan nafas-Nya ke atas mereka lalu berkata, ‘Terimalah Roh Suci.
23Sesiapa yang kamu ampunkan dosanya, dosanya diampunkan. Sesiapa yang tidak kamu ampunkan dosanya, dosanya tidak akan diampunkan.’
24Tomas yang digelar Didimus, seorang daripada pengikut Isa yang dua belas itu, tidak ada bersama mereka apabila Isa datang.
25Oleh itu, pengikut-pengikut lain memberitahu Tomas, ‘Kami telah melihat Junjungan!’ Tetapi Tomas berkata, ‘Selagi aku tidak melihat sendiri bekas paku di tangan-Nya, dan memasukkan jariku ke dalam bekas luka itu, juga memasukkan tanganku ke dalam rusuk-Nya, aku tidak mahu percaya.’
26Seminggu selepas itu, para pengikut Isa termasuk Tomas berhimpun lagi di situ. Sungguhpun pintu terkunci seperti dahulu, Isa muncul di kalangan mereka lalu berkata, ‘Salam sejahtera kepadamu!’

Read Yahya 20Yahya 20
Compare Yahya 20:19-26Yahya 20:19-26