29Pada keesokan harinya, Yahya melihat Isa berjalan ke arahnya lalu berseru, ‘Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia!
30Dialah yang kukatakan akan datang selepasku tetapi lebih besar daripadaku kerana Dia telah ada sebelumku.
31Dahulu aku tidak mengenal Dia. Tetapi untuk itulah aku datang dan mengimadkan orang dengan air, supaya Dia dinyatakan kepada Israel.’
32Yahya memberi kesaksian: ‘Aku melihat Roh seperti burung merpati turun dari langit lalu hinggap di atas-Nya.
33Dahulu aku sendiri pun tidak mengenal-Nya, tetapi Dia yang mengutusku untuk mengimadkan orang dengan air telah berfirman kepadaku, “Engkau akan melihat Roh turun lalu hinggap di atas seorang. Dialah yang akan mengimadkan orang dengan Roh Suci.”
34Hal itu telah kulihat sendiri, maka aku berkata kepadamu, Dialah Putera Allah.’