Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Markus - Markus 7

Markus 7:26-36

Help us?
Click on verse(s) to share them!
26Wanita itu seorang Yunani, dia berasal dari daerah Fenisia di Siria. Dia memohon Isa menghalau roh iblis yang merasuk anaknya.
27Isa menjawab, ‘Anak-anak harus diberi makan dahulu. Tidak patut makanannya diambil untuk dilemparkan kepada anjing.’
28‘Benar, Tuan,’ jawab wanita itu, ‘tetapi anjing di bawah meja pun makan sisa yang dijatuhkan oleh anak-anak.’
29Maka Isa berkata kepadanya, ‘Kerana jawapanmu itu, pulanglah. Roh iblis sudah keluar daripada tubuh anakmu.’
30Apabila ibu itu pulang ke rumah, dia mendapati anaknya sedang berbaring di katil dan tidak lagi dirasuk roh iblis.
31Selepas itu Isa meninggalkan daerah Tirus, meneruskan perjalanan ke Laut Galilea melalui Sidon, ke tengah-tengah daerah Sepuluh Kota.
32Di sana seorang bisu tuli dibawa kepada-Nya dengan permohonan agar Isa meletakkan tangan padanya.
33Isa membawanya ke samping, jauh daripada orang ramai itu, lalu memasukkan jari-Nya ke dalam kedua-dua belah telinga orang itu. Kemudian Dia meludah dan menyentuh lidah orang itu.
34Selepas itu Dia menengadah ke langit lalu menarik nafas panjang dan berkata kepada orang itu, ‘Effata!’ (ertinya ‘Terbukalah!’).
35Serta-merta telinga orang itu terbuka dan lidahnya pulih, lalu dia bertutur dengan baik.
36Isa melarang semua yang hadir menceritakan hal itu kepada sesiapapun. Tetapi semakin Isa melarang, semakin mereka menceritakannya.

Read Markus 7Markus 7
Compare Markus 7:26-36Markus 7:26-36