39dan berkata, ‘Pulanglah ke rumahmu dan khabarkanlah segala yang dilakukan Allah untukmu.’ Orang itu pergi menyebarkan segala yang dilakukan Isa untuknya di seluruh bandar itu.
40Sekembalinya Isa ke seberang tasik, orang ramai pun menyambut-Nya kerana mereka menanti-nantikan-Nya.
41Seorang lelaki yang bernama Yairus, iaitu ketua saumaah datang kepada-Nya. Dia sujud pada kaki Isa dan memohon kepada-Nya supaya datang ke rumahnya