Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 21

Kisah Para Rasul 21:7-11

Help us?
Click on verse(s) to share them!
7Dari Tirus kami meneruskan pelayaran ke Ptolemais. Di situ kami memberi salam kepada saudara-saudara seiman lalu tinggal dengan mereka selama sehari.
8Esoknya kami pergi ke Kaisarea lalu masuk ke rumah Filipus, pemberita Injil yang menjadi salah seorang daripada tujuh pembantu para rasul, lalu kami tinggal dengannya.
9Dia mempunyai empat orang anak gadis yang belum berkahwin dan mereka bernubuat.
10Setelah kami tinggal di situ beberapa hari, seorang nabi bernama Agabus datang dari Yudea.
11Dia mendapatkan kami lalu mengambil tali pinggang Paulus dan mengikat kaki tangannya sendiri sambil berkata, ‘Demikianlah kata Roh Suci, bahawa orang yang mempunyai tali pinggang ini akan diikat demikian di Baitulmaqdis oleh orang Yahudi dan diserahkan ke tangan orang bangsa asing.’

Read Kisah Para Rasul 21Kisah Para Rasul 21
Compare Kisah Para Rasul 21:7-11Kisah Para Rasul 21:7-11