Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 20

Kisah Para Rasul 20:9-16

Help us?
Click on verse(s) to share them!
9Seorang pemuda bernama Eutikhus duduk di jendela. Dia tertidur sementara Paulus masih bercakap. Oleh sebab lena tidurnya, pemuda itu jatuh dari tingkat ketiga itu sampai ke bawah. Orang mengangkatnya dan mendapatinya sudah mati.
10Paulus turun lalu merebahkan diri ke atas pemuda itu serta memeluknya sambil berkata, ‘Jangan bimbang, kerana ada lagi nyawanya.’
11Selepas itu dia naik, membahagikan roti, makan lalu bertutur sampai dinihari. Kemudian dia pun berangkat.
12Pemuda itu didapati hidup dan dibawa pulang ke rumahnya. Mereka semua amat terhibur.
13Kami berjalan dulu naik ke kapal lalu belayar ke Asos untuk menyambut Paulus di sana; demikianlah yang telah dirancangnya, kerana dia sendiri hendak berjalan kaki.
14Setelah menyambutnya di Asos, kami mengiringinya ke Metilene.
15Kami belayar dari sana: Esoknya kami bertentangan dengan pulau Khios; lusanya kami singgah di Samos; dan tulatnya kami sampai di Miletus.
16Paulus telah membuat keputusan untuk belayar melalui Efesus, supaya jangan berlarutan di Asia; dia hendak cepat, dengan harapan sampai di Baitulmaqdis pada Perayaan Pentakosta.

Read Kisah Para Rasul 20Kisah Para Rasul 20
Compare Kisah Para Rasul 20:9-16Kisah Para Rasul 20:9-16